“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?”
Itu kata Pesuruhjaya PAS Selangor. Sama jugak dengan kata pemimpin PAS lebih atas kedudukannya.
Statement ni nak menakutkan pengundi Islam? hahaha ...
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.
Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.
“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.
“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor
hari ini.
PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.
Permintaan akar umbi
Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.
Beberapa hari lalu
AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.
Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.
Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.
Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.
“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).
“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017.
AMANAH tu kafir la kot. Kalau mereka menang tak dapat tegakkan Islam. Islam tu hanya untuk PAS hangpa tau tak ...? Tak islamic kalau tak gunakan senarai cai dalam muktamar PAS.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor
hari ini.
Ganjil betul pandangan YB Iskandar ni sebab dulu bila isu kalimah ALLAH parti mana yang paling lantang mempertahankan kalimah ALLAH tu? PAS ke UMNO? Kata-kata YB ni seolah-olah tidak ada orang ISLAM langsung ke di dalam parti UMNO?
Sepatutnya kita menghormati siapa sahaja yang menang ini tidak
Catat Ulasan