PETALING JAYA : Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin pada Jumaat mengesahkan dakwaan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) bahawa yayasan berkenaan membeli simulator golf.
Pengarah NOW, Akmal Nasir bagaimanapun mempertikaikan tujuan pembelian simulator golf itu, yang padanya, masih tidak jelas.
“Kini Ketua Pegawai Eksekutif mendakwa simulator golf itu adalah untuk hotel empat bintang milik YaPEIM yang masih lagi belum wujud.
“Perkara ini bertentangan dengan dengan fakta daripada Bajet 2013 YaPEIM yang menyatakan Pusat Latihan Latihan INPUT Golf atau Simulator Golf dibuat untuk Sukan Korporat YaPEIM,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, Akmal mengulangi persoalan mengapa YaPEIM membeli mesin tersebut kerana penyumbang yayasan berkenaan dan orang ramai berhak mengetahuinya.
“Berapa banyak mereka membayar untuk memperoleh dan mengekalkan simulator itu,” soalnya.
Menurutnya, ini disebabkan apa sahaja pendapatan YaPEIM yang dijana harus diserahkan kembali untuk aktiviti amal jariah, selaras dengan objektif yayasan itu.
Semalam, YaPEIM menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.
Abibullah berkata, sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.
Beliau berkata, simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan sembilan tingkat milik YaPIEM di Petaling Jaya juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf empat bintang kelak.
FMT
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
5 respon:
Bukankah sebelum memulakan perniagaan Yapiem mendapat sumbangan orang ramai khas urang yang membuat potong gaji meeka ?
Elok Yapeim di tukar nama...Sebenarnya GOLF ini merosakan...merugikan masa...Kalau nak berniaga jangan guna nama Yaepim...juga haram jika ada sedikit..atau permulaan bisnes menggunakan dari duit sumbangan..
Duit kau dah jadi duit aku, suka hati aku la!
Kalau YaPEIM dah begitu kaya tak payahlah lagi menerima derma orang ramai.
Bila YaPEIM nak disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur?
Kalau YaPEIM dah begitu kaya tak payahlah lagi mengharapkan derma daripada orang ramai.
Bila YaPEIM nak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur???
Catat Ulasan