Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dakwaan Zahid tidak benar sama sekali kerana tiada perbincangan atau mesyuarat dilakukan majlis tersebut membincangkan tawaran kerjasama tersebut.
"Begitu juga selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar baru-baru ini. Kami (Majlis Syura Ulama) tidak pernah ada sebarang mesyuarat dan membuat sebarang keputusan atau kenyataan supaya ahli PAS akur kenyataan dikeluarkan mengenai kerjasama Umno dengan PAS.
"Kalau naib presiden Umno kata kami keluarkan kenyataan minta ahli akur, itu tidak benar sama sekali," beliau dipetik berkata akhbar versi online itu.
Malah Mahfodz berkata, parti Islam itu tidak pernah menerima surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dikatakan itu.
Ia juga katanya, antara alasan mengapa PAS masih tidak mengadakan perbincangan mengenai kerjasama itu yang kali terakhir disuarakan secara terbuka Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar awal bulan ini dan sebelumnya pada perhimpunan agung parti itu bulan lalu.
"Salah satu sebab kami tidak buat mesyuarat untuk membincangkan mengenai perkara itu adalah kerana kami tidak menerima sebarang surat daripada Umno.
"Hanya ucapan lisan Najib pada Perhimpunan Agung Umno dan Multaqa Alumni Serantau. Tidak ada surat (hitam putih), jadi kami tidak bermesyuarat bincangkan perkara itu," katanya.
Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, ahli PAS yang menentang kerjasama dengan Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama. – 26 Disember, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
PAS jadi parti putar belit .Pakai kondom sebelum setubuh elak penyakit berjangki kedua2 pihak .
Catat Ulasan