Rabu, 18 November 2015

Husam setuju 'debat' dengan Mustafa ALi

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menyatakan persetujuan berdebat dengan pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali, yang disifatkan sebagai guru politiknya.

"Saya setuju debat dengan siapa saja, termasuk Cikgu Pa. Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.

"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya," kata Husam dalam satu kenyataan.

Semalam, Mustafa dilaporkan mengajak Husam bersemuka dengannya dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlu melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin PAS berjumpa dengan Umno sebagai usaha menyatukan 2 parti itu beberapa tahun lalu. – 18 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: