Selasa, 17 November 2015

BAJET 2016: Kenapa ahli parlimen PAS macam "termakan" nasi kangkang UMNO jer ...

7 orang ponteng sesi parlimen
3 dari 14 tolak bajet 2016
Selebihnya .... ???


Hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 hari ini semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

"Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

"Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian.

Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat," katanya.

Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu. – 16 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Inilah ulamak2 bangang dlm pas sekarang..ulamak menyusahkan rakyat..