Khamis, 1 Oktober 2015

UMNO masuk muzium gara-gara dia ni

Anggota parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyifatkan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Syed Abbas Alhabshee sebagai “jahil dan tidak cekap”.

Semuanya gara-gara tindakan ketua Umno Cheras itu yang semalam membangkitkan kenyataannya dalam sebuah rancangan bual bicara di kaca televisyen yang telah pun tamat lima tahun lalu.

“Tindakannya membuktikan Umno lebih baik diletak dalam muzium,” katanya.

Syed Ali semalam menggesa kerajaan menarik lesen penyiaran NTV7 yang disifatkannya biadap, menghina kerajaan dan tidak menghormati sensitiviti rakyat pelbagai kaum.

Ia susulan tindakan NTV7 menyiarkan kenyataan seorang ahli panel “berbangsa Cina” yang membawakan cerita satira tentang kuiz terhadap pemimpin dunia yang hadir di sidang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Syed Ali, kenyataan itu berbunyi:

“Dalam perkumpulan itu, Robert Mugabe mengadakan kuiz kepada ketiga-tiga pemimpin iaitu Barrack Obama, Wen Jia Bao dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Antara soalannya, negara manakah enjin pesawatnya hilang tanpa berperang?

“Negara mana yang habiskan $10 juta membina 50 klinik1Malaysia tapi tiada doktor? Stadium negara manakah yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tidak berlaku?
Malangnya semua itu berlaku di Malaysia.”

Najib kebetulan sekarang sedang menghadiri sidang PBB.

Ahli panel 'berbangsa Cina'

Seorang jurucakap stesen televisyen itu memberitahu Malaysiakini bahawa rancangan itu telah ditamatkan beberapa tahun lalu.

Ia bermula pada 1 April 2010 dan tamat pada 24 Jun tahun yang sama. Ia disiarkan langsung setiap Khamis.

Dilaporkan juga editor-editor rancangan itu meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan terhadap usaha membatalkan rancangan yang didakwa terdapat campur
tangan politik.

Semakan mendapati ahli panel “berbangsa Cina” itu ialah Nga, seorang tokoh DAP Perak.

Video berkaitan turut dimuat naik ke saluran perkongsian video YouTube.

Nga hari ini menjelaskan, berbanding dengan 2010, ketika rancangan itu "Edition" disiarkan di NTV7, isu lain kini melanda negara, iaitu 1MDB dan derma
RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kalai saya jadi ahli panel lagi, saya akan tanya, perdana menteri mana yang pandai terima derma? Syarikat mana tidak ada perniagaan tetapi kumpul hutang
hingga RM50 bilion?” soalnya.

Nga juga secara sinis berkata saluran televisyen patut memanggil pembangkang untuk mempertingkatkan jumlah penonton, yang sekali gus membuat pengiklanan
lebih baik.

Syed Ali tidak dapat dihubungi oleh Malaysiakini buat masa ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: