Khamis, 1 Oktober 2015

Kah3 ... lawak apakah ini .. PAS Selangor masih anggap DAP sebagai kawan

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi.

sh

* kan aku dah kata, tak lain tak bukan hanya kerana kuasa. kerana kuasa jugalah mereka sanggup adakan senarai 'cai' untuk singkirkan golongan progresif dalam PAS. hmm

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Prinsip parti dan pemimpim Pas. Ada jawatan, kita kawan. Tak de jawatan, kita tak berkawan lahhhhh..

nick berkata...

Amboi ligatnya kasi pusing!....Siap bagi hujah yang kononnya menunjukkan bahawa geng2 PAS kat Selangor tu semua tak letak jawatan sebab amanah, dedikasi serta teguh dengan niat nak berkhidmat untuk rakyat Selangor. Bunyinya gitu tapi hakikatnya semua orang tau..ni semua pasal jawatan, gaju atau yang lebih tepat..DUIT!

Sama aje puak2 ni dengan walaun2 kat Penang yang tak tau malu tu. Demi duit, semua boleh. Babi...tutup mata sapu je! Anti islam dan anti hudud..macam ulamak2 PAS perak yang setuju dengan JAIP tu....takde kena mengena kan? Tu kat Perak..kat Selangor, PAS ni lain spesis! Putus hubungan tapi masih rakan? Bukan ke ianya satu kejanggalan yang langsung tak boleh wujud dalam realiti dunia? Agak2 tu le sebabnya, duduk dalam PR tetiba boleh pulak senyap2 dan sembunyi2 buat rundingan dan persefahaman dengan UMNO. PAS boleh buat sebab dia mengaku sebagai parti Islam? Islam boleh ke terima perkara macam tu? Atau sebenarnya PAS ni "talam dua muka"? Bila sesuatu tu bermanfaat kepada PAS terus gadai dan mungkir segala janji dan perjanjian? Rasanya Islam dan Rasulullah tak ajar benda jijik macam tu!

Nick.
Cape Tiger

Jebonesta Reports berkata...

Kasihan sungguh lah mereka ini. Sudah U-Turn ke?