Khamis, 1 Oktober 2015

Najib:Tiada tambatan ringgit walaupun terburuk sejak 17 tahun dulu

Malaysia tidak akan melakukan tambatan ringgit seperti sebelum ini atau mengenakan sebarang bentuk kawalan
modal, kata Datuk Seri Najib Razak kepada pengurus dana dan ahli perniagaan di New York, ketika nilai ringgit mengalami prestasi paling buruk dalam tempoh
17 tahun berbanding dolar AS.

Perdana menteri sebaliknya berkata, kerajaan akan menyemak semula unjuran menurunnya bagi mengatasi keadaan harga minyak dan komoditi yang lemah, katanya
seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

"Kami komited untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020 tetapi saya perlu berterus-terang dengan anda yang kita tidak boleh mencapai belanjawan seimbang
sepenuhnya tetapi mungkin defisit kecil dalam kawasan negatif 1% daripada defisit semasa sebanyak 3.2%," katanya dipetik sebagai berkata pada satu pertemuan
sarapan yang dihadiri pengurus dana Amerika Syarikat dan ahli perniagaan Malaysia.

Sambil ‘pelarasan dalaman’ akan dibuat, beliau berkata:"Saya ingin menegaskan kita tidak akan mengenakan langkah kawalan modal atau menambat ringgit."

Antara projek yang akan mengukuhkan ekonomi domestik dan meningkatkan pelaburan adalah sistem mass transit (MRT) Kuala Lumpur, Lebuh raya Pan-Borneo, projek
kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura dan projek terminal minyak dan gas Petronas di Pengerang, Johor, kata perdana menteri.

Berada dalam pemerhatian di dalam dan luar negara kerana didakwa terbabit dalam skandal kewangan, NST juga melaporkan Najib memaklumkan kepada mesyuarat
itu yang cabaran tersebut "tidak seharusnya menjadi kebimbangan" kepada pengurus dana dan pelabur.

Beliau berkata, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang dalam usaha penyusunan semula untuk mengurangkan hutangnya "seperti yang
dijanjikan, sebelum akhir tahun ini".

Firma sarat hutang itu dijangka mengurangkan hutangnya sebanyak RM16 bilion, katanya. – 1 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: