Khamis, 1 Oktober 2015

Paduka Puteri Johor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah kini berhenti menggunakan media sosial selepas pengguna Internet



Dikritik kerana tudung, Puteri Johor tutup akaun Instagram membanjiri akaun Instagramnya
dan mengkritik kerana tidak memakai tudung, lapor akhbar The Star hari ini.

Baginda memberitahu pemberita, komen yang ditulis menyinggung perasaannya dan beliau tidak mahu orang yang tidak dikenali menghakiminya daripada segi cara
berpakaian.

"Mula-mula, saya post gambar kucing, tetapi selepas itu, orang mula meninggalkan komen yang tidak enak tentang saya tidak memakai tudung yang menyinggung
perasaan saya.

"Ia kemudiannya berlarutan, hinggalah akhirnya, saya rasa mereka menceroboh ruang privasi saya.

"Selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa saya, yang risaukan kesejahteraan dan keselamatan saya, saya putuskan untuk meninggalkan semua media
sosial," katanya dipetik sebagai berkata selepas menghadiri satu majlis makan tengahari anjuran Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Binatang (SPCA)
Johor Baru, semalam.

Tunku Aminah merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 6 anak Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Idris.

Abangnya, Tunku Idris, mempertahankan beliau pada Sabtu, menggunakan Instagram untuk menyatakan bagaimana adiknya memilih untuk berpakaian adalah antara
dirinya dan Allah.

"Saya cuma tahu tentang itu selepas baca dalam The Star beberapa hari lepas, semua abang saya menyokong saya, buatkan saya sangat gembira," kata Tunku
Aminah.

Walaupun apa yang terjadi menyebabkan beliau terpaksa menutup akaun Instagram miliknya, Tunku Aminah berkata beliau gembira dengan pilihan yang dibuat.

Katanya, berundur daripada dunia media sosial dan tinggal dalam "dunia kecilnya sendiri" membuatkan beliau berpuas hati.

"Saya percaya ini keputusan terbaik saya pernah buat. Saya sedar, menjadi perhatian ramai tak sesuai untuk saya, dan saya benar-benar gembira selepas menutup
akaun Instagram saya awal bulan ini,” katanya. – 1 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: