Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, berdasarkan aduan, mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
Katanya, kejadian berlaku apabila dua daripada suspek yang menaiki motosikal berasingan terserempak mangsa di Jalan Buloh Kasap sebelum mempelawanya bersarapan bersama di kedai makan berhampiran.
Menurutnya, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek sejak empat bulan lalu membonceng motosikal seorang daripada suspek sebelum dibawa ke semak dan dirogol.
“Mangsa mendakwa diperkosa bergilir-gilir termasuk lelaki dipercayai rakan kedua-dua suspek yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan lelaki itu berjanji datang semula dan membawa mangsa pulang ke Buloh Kasap sebelum meninggalkannya berseorangan di tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 4 petang, mangsa nekad meninggalkan lokasi kejadian dan meminta bantuan orang awam yang kemudian membawanya ke balai polis berhampiran, selain memaklumkan kepada keluarga mangsa.
“Susulan aduan, polis menahan ketiga-tiga suspek di Buloh Kasap kira-kira jam 6 petang hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan mereka direman seminggu.
“Mangsa yang tidak bersekolah dihantar menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Daerah Segamat (HDS),” katanya.
DUA daripada tiga suspek rogol gadis bawah umur dibawa ke mahkamah.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan