Isnin, 28 September 2015

Ummi Hafilda akan anjur 'sumpah laknat' ke atas Najib dan Mahathir

NGO yang baru ditubuhkan, Kuasa Suara Rakyat (KSR) merancang untuk mengadakan ‘sembahyang hajat’ atau sembahyang berjemaah di Putrajaya berikutan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengasas dan Presidennya, Ummi Hafilda Ali berkata KSR menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 orang akan hadir di Masjid Putra.

Bagaimanapun, beliau berkata tarikh khusus bagi perhimpunan itu masih belum disahkan walaupun tentatif majlis itu akan diadakan semasa sesi solat Jumaat antara akhir Oktober dan awal November.

NGO itu juga menggesa Najib mengangkat sumpah atau ‘sumpah laknat’ untuk menafikan dakwaan yang dikenakan terhadapnya, terutama berkenaan sumbangan RM2.6 bilion yang bertujuan digunakan untuk Umno, yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Kumpulan itu juga, katanya, ingin menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri supaya meminta beliau menjawab segala dakwaan tersebut.

(Ini adalah untuk) mempertahankan Najib dan melenyapkan semua kesangsian rakyat serta pihak lawan.

“Beliau perlu bersumpah bahawa setiap sen yang telah digunakan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama NGO di Mutiara Shopping Centre di Jalan Ipoh di sini pada Ahad.

Ummi berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan pengkritik kuat Najib, juga akan dijemput untuk mengangkat sumpah dan menjelaskan segala dakwaan terhadap Najib adalah benar.

Beliau berkata Najib juga perlu bersumpah sama seperti beliau lakukan sebelum ini dalam menafikan sebarang penglibatannya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaariibuu, yang juga merupakan seorang perempuan simpanan kepada bekas pembantu politiknya.

‘Apa yang berlaku kepada Khairuddin pernah saya lalui dulu’

Semalam dalam sidang media yang sama, Ummi Hafilda juga menyatakan kesedihannya melihat ‘rakannya’, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan berikutan laporan yang dibuat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau juga masih ingat ketika ditahan selepas mengemukakan laporan sebanyak 22 muka surat berkaitan salah laku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

joko berkata...

tak payahlaa. orang tak yakin dengan Islam tak der apa nye dengan sumpah2 ni. Kalau jumpa tokong hindu mungkin dia takut.

Tanpa Nama berkata...

seluruh pemimpin pasug dn penyokongnya patut malu dgn umi yg berani dn tk menjilat najib

pemimpin umnu pun ada yg berani tolak najib

anina seorg lagi serikandi berani lwn najib

tiba2 puak serban jubah yg nampak hebat yg kuat jerit takbir yg berlagak nk tegak hudud yg singkir dn kapirkn org xsehaluan. yg salahkn bkn islam kunun halang perjuangan suci mereka....tiba2 puak ini sokong najib yg sekular tu

waduuhhhhhh petaka apakah ini begitu mereka tiba2 jd buta hati....dalam ucapan ada ayat quran...dlm hati ada duit kot