Sabtu, 26 September 2015

Datuk Jamal ditahan polis, Ali Tinju pula diburu .. kah3 drama apakah ini?

Selepas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Islam, Datuk Jamal Md Yunus ditahan polis pada Jumat malam, polis kini dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju itu sebelum ini berkeras akan meneruskan himpunan di Petaling Street bagi menuntut hak sama rata kepada peniaga pelbagai kaum di kawasan itu.

“Jamal ditahan bawah Akta Hasutan, Ali di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012). Polis sedang mengesan dia (Ali) sekarang ini,” katanya.

Ali sebelum ini mengatakan 99 peratus perhimpunan akan diadakan dan yang akan datang adalah pahlawan-pahlawan Melayu dan pihaknya tidak akan tunduk desakkan daripada mana-mana pihak.

Ali Tinju juga dilaporkan telah memberi amaran kepada polis sebelum perhimpunan pada 16 September lalu, bahawa orang-orangnya akan berwaspada terhadap sebarang provokasi yang dilakukan orang Cina.

Sementara itu, Setiausaha Jamal, Duranny Izam ketika dihubungi berkata Jamal akan dibebaskan polis petang ini.

“Kalau tidak ada apa-apa berlaku di Petaling Street, Datuk akan dibebaskan jam 6 petang ini,” katanya.

Jamal ditahan pada jam 8.50 malam tadi, ketika beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berkaitan perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di Petaling Street pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang memberitahu, Jamal ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang individu itu, supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

drama Roda2 Kotaraya

pahlawan melayu?

pembetulan....pahlawan asobiyah melayu

pahlawan sebenar akhlaknya mcm para sahabay nabi saw....membela kebenaran dn adil serta tidak zalim membabi buta kayu mcm jamal tongkang

Tanpa Nama berkata...

Jamal Ikan lahhh!!! Datuk???? Mana punya darjah kebesaran dia dapat ni. Memalukan Kerajaan Negeri yg beri dia title Datuk. Jamal ni kalau panggil dia Datuk samseng melayu...tu baru betul.

Ali yg tunjuk buntut dihadapan rumah Ambiga berasa dia bolih buat apa2 shj sebab AG bodoh Apandi sudah lepaskan dia dari tuduhan menghasut. Apa nak jadi Msia ni. Ada PM..kaki rasuah. Ada AG..bodoh tak bolih diajar.

Kalau Ali tidak dilepaskan olih AG bodoh tu, berani ke dia buat ugutan utk adakan demonstrasi & provokasi kaum.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Jamal ditahan dalam lokap atau sedang beristirehat dalam bilik OCPD?