Isnin, 28 September 2015

PAS perlu tinggalkan Selangor jika tak sertai Pakatan Harapan

aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin menggesa parti itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya benar ia enggan bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu, Utusan Malaysia melaporkan hari ini.

Beliau berkata, PAS perlu tegas dalam membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar parti Islam itu.

Katanya, sekiranya PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Keengganan berbuat demikian katanya, akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu.

"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.

"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan bukan kerajaan.

Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.

Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR. – 28 September, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Jebonesta Reports berkata...

Susah PAS nak berubah kalau yang ada diatas tu jenis keras kepala dan perasan bagus. Memang susah.

Tanpa Nama berkata...

PAS akan BUNGKUS di Kelantan pada PRU14 akibat pertandingan 3 penjuru. Selamat kembali berkuasa UMNO. biar lebai dengan lutut dan sikunya berbaiah kpd >
Barisan Kepimpinan Cai

Tanpa Nama berkata...

Dan juga Amanah juga perlu letak jawatan ahli parlimen/dun kerana keluar pas heheheh baru adil