Sabtu, 12 September 2015

Umie Aida akan tinggalkan Khairuddin jika ...

Ia bagi memastikan Khairuddin tidak menarik semula laporan polis yang dibuatnya mengenai skandal 1MDB

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui akan ditinggalkan isterinya, Datin Umie Aida sekiranya dia belot dalam perjuangan berhubung isu 1MDB.

Katanya, Umie yang juga seorang pelakon tersohor tanah air berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak termakan umpan pihak tertentu supaya beliau menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya.

“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkenaan, beliau menerima pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong.

Jelas Khairuddin lagi, apa yang ditempuhinya mendapat sokongan teguh daripada isterinya yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima.

Bagi menampung keperluan dalam keadaan yang sukar, Umie Aida melakukan pelbagai ikhtiar termasuk menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan mereka.

“Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Isteri mithali.

Tanpa Nama berkata...

syabas umie aida!

Tanpa Nama berkata...

syabas umie aida!

Tanpa Nama berkata...

piiiiiirahhhh... buat la bai'ah talak 3 macam PAS... baru aku percaya kelentong ko... hahahahaha