Jumaat, 11 September 2015

Tasha Shilla bila nak berbogel di Dataran Merdeka?

PENASIHAT Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyarankan agar selebriti tempatan menjaga imej dalam berpakaian
agar tidak melanggar batas-batas agama dan adat orang Timur.

Kenyataan itu susulan isu pelakon Tasha Shilla berpakaian terlampau mencolok mata sehingga menjadi kecaman sesetengah pengikut di laman Instagram miliknya.

Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar
“Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure
yang orang ramai boleh melihat imejnya.

“Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej
dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri,” katanya ketika dihubungi Mynewshub, hari ini.

Tasha sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berpakaian mendedahkan bahagian dada, perut, pusat dan belakang badan ketika menghadiri sebuah majlis
hiburan semalam.

Sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun itu juga bertindak berani apabila bergambar dengan hanya menggenakan bra sambil dilitupi baju jarang untuk muka hadapan
sebuah majalah gaya hidup wanita.

Sehubungan itu, Ustaz Asmawi menyarankan agar pihak berkuasa agama Islam menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan seni bagi mengekang imej keterlaluan
dan mencolok mata di kalangan selebriti tempatan.

“Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan
kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan
artis sebagai role model mereka.

“Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi
buat selebriti kerana mereka merupakan public figure,” katanya.

Menurut Ustaz Asmawi, beliau bukan mahu menyinggung perasaan selebriti-selebriti yang dimaksudkan namun sekiranya mereka sayangkan ibu bapa, pasti mereka
tidak akan melakukan perkara sedemikian.

“Saya bukan nak menyinggung perasaan mereka tapi kenapa kita perlu merendahkan martabat wanita sehingga ke tahap sebegitu. Semua itu merupakan pinjaman
Allah, beringatlah. Aurat dan maruah wanita mesti dijaga,” ujar beliau lagi.

Sekadar berkongsi, penyanyi Faizal Tahir juga pernah digam kerana tindakannya membuka baju ketika menjayakan sebuah persembahan, tujuh tahun lalu.

Faizal telah dilarang daripada muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) berikutan insiden membuka baju di khalayak ramai. – MYNEWSHUB.CC


* alang2 dah pakai seksi, kasi buka semua la. berbogel dan buat free show di Dataran Meredeka. popular seluruh dunia. Mesti ramai puji kemontokan tubuh badan kau..

kalau kambing ke lembu ke, aku faham la, dia tak ada perasaan malu. Tapi tuhan bagi kau perasaan malu, kau buang ... sapa lagi teruk ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

zamani berkata...

bukan apa dia ingat semua melayu umnu kot.

Unknown berkata...

Tu la..hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Jennifer Lopez lg banyak berbekas dgn jantan lg laku tp di Malaysia kalau dah bekas jatuh dah saham.