Isnin, 28 September 2015

Kementerian Kesihatan sangkal laporan portal berita mengenai rawatan Anwar Ibrahim

Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.

Salinan laporan dan CD imej itu diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 September, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya.

Dr Noor Hisham berkata panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal daripada lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.

"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini  diberikan menerusi penyertaan 4 perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar," katanya (pakar lain adalah daripada Hospital Kuala Lumpur.)

Selain itu, seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar pagi ini seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan "pendapat kedua", kata Dr Noor Hisham.

"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya. – Bernama, 28 September, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: