Selasa, 1 September 2015

Najib gelar peserta Bersih 4 'sekor-sekor'

Rakaman video petikan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Kuala Terengganu menjadi popular kerana perkataan ‘sekor-sekor’ yang
diguna Perdana Menteri untuk merujuk kepada peserta Bersih 4.0.

Menerusi video yang dimuatnaik The Star TV, Najib berkata, peserta Bersih 4.0 yang dipanggil ‘sekor-sekor’ itu tidak mampu untuk membantu membangunkan
Felda dan kawasan luar bandar kecuali kerajaan pemerintah.

“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu. Sekor-sekor dalam surat khabar
tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda?Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar?

“Siapa berbudi pada masyarakat luar bandar melainkan kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

Tambah Najib lagi, mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu tidak mungkin mampu membantu bila diminta pertolongan.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan isu pengambilalihan tanah oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap masyarakat di Kampung Mutiara di Pulau Pinang.

“Sekali lagi saya nak tanya puak-puak Bersih ni boleh kita harap? Boleh kita mintak pertolongan?

“Jangan cakap nak mintak pertolongan, tanah perkampungan di Pulau Pinang pun dia orang nak ambil alih. Orang sana pun terdesak…kampung-kampung lama pun
nak hilang. takde lagi pupus segalanya.

“Tapi kalau kerajaan yang ada hari ini pimpinan kita…Insyallah masyarakat luar bandar akan terus mendapat pembelaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan
Hari Peneroka 2015 peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu pada Ahad.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

H K O berkata...

Berkata-kata lah wahai PM semua kata-kata mu hanya lah aota...

Tanpa Nama berkata...

Cakab najib tu betul.Cina tak akan tolong Melayu sebaliknya akan meminggirkan Melayu secara halus atau terang2an spt di spura dan p.pinang.

Tapi malangnya untuk kelangsungan Melayu dan Malaysia keseluruhannya najib perlu berundur.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa PM kita ni kasar betul pertuturannya? Dah masuk angin ke apa?

Tanpa Nama berkata...

Yang korang pijak gambar dia tu, tak pikir pulak ...
Ingat korang jer ada perasaan?!

Tanpa Nama berkata...

tanah kg baru pun hang nak sapu apa cerita matjib oi
dekat sentol pun hang halau denagn bermacam alasan
kalau pr perintah negara ni baru boleh buat banyak pembangunan yang ada paedah
pi tipu orang bodo kat kg boleh la

Tanpa Nama berkata...

Yg dia kencing Rakyat hari2 tak pe pulak!!

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu sendiri tak bantu bangsa sendiri,jgn harap la bantuan dr bangsa lain.

IbnAbdHalim berkata...

Malangnya rakyat berPMkan seorang yg dungu. Yg diamanahkan membangunkan negara ialah parti yg memerintah, bukan pembangkang atau Bersih.

Tanpa Nama berkata...

Klu Bangsat Najib(BN) tu ok..perkara tanah kt PP tu dh lama selesai sejak zaman Bangsati Najib memerintah lag..