Selasa, 15 September 2015

Najib beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda

Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda.

Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau.

"Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda.

"PM meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri dan saya kemudian berjumpa dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda.

"Timbalan kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sambil menegaskan beliau tidak memihak kepada sesiapa, Musa berkata tiada bukti kukuh yang mengaitkan perdana menteri dan Altantuya.

"Tidak ada penglibatan Najib dalam pembunuhan (Altantuya). Tiada bukti.

"Siasatan polis (sebelum ini) memang ada hubungan dua anggota polis dengan razak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan digunakan dalam keterangan mahkamah".

Beliau juga mendakwa gambar kononnya Najib, Razak dan Altantuya kelihatan bersama di sebuah meja makan palsu dan sengaja disensasikan.

"Gambar itu gambar palsu dan perkara ini disensasikan."

Selepas isu dana RM2.6 bilion, Najib  kini berdepan dengan dokumentari berdurasi 25 minit yang menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan bekas penasihatnya, Razak.

Namun Najib buat kali kedua membuat kenyataan beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan tiada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut.

Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley menyiarkan satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera. – 14 September, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

mau tangkap pun kena bagi tau ka
apa ni masa aanwar depa tangkap macam macam orang tak bagi tau pun anwar

zamani berkata...

hukum karma akan berlaku samada kamu suka ke tidak ianya pasti akan berlaku.kalau tak salah sikit pn tak takut dan gentar.

Tanpa Nama berkata...

woit MUSA hang ingat bila Najib order kamu "buat kerja kamu" itu suruh hang tangkap razak baginda kah ? Najib suruh hang jaga periok nasi kamu ,FAHAM KA .

Tanpa Nama berkata...

BUAT KERJA KAMU ada banyak makna.mungkin suruh hang jaga tepi kain kamu nanti kena sack macam Gani Patail .bahlol tak tahu fikir

Tanpa Nama berkata...

pm tiada bukti terlibat.

bini PM ?

dua pegawai tentera laki bini?

sirul kata perempuan cina. tk kenal itu mongol. ikut arahan

arahan siapa?

atau tuya mati mengejut, tidak dibunuh atau bunuh diri

dah ajal kot kata ulamak umnu