Jumaat, 4 September 2015

Mat Sabu kata ..., aku pulak kata buruknya politik PAS

Parti Amanah Negara (AMANAH) menasihatkan anggota parti itu supaya tidak berpegang kepada satu pandangan dan mazhab sahaja dalam kontroversi baiah melibatkan pemimpinnya.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk oleh sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Al-Qaradhawi, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor.

“Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah.

“Dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad juga meminta semua anggotanya, terutamanya daripada PAS, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu baiah.

“Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

“Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita,” katanya yang juga bekas timbalan presiden PAS.

Mohamad mengisytiharkan mengaktifkan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang mahu dijenamakan semula sebagai AMANAH.

Parti berteraskan Islam tetapi terbuka kepada bukan Islam itu dijangka mengganggotai gabungan pembangkang baru bersama DAP dan PKR.

PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.

Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli di Kelantan.

Pertikaian kembali panas selepas menteri besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.

Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

aku berkata...

Cantik dan cool sahaja komen Abang Mat, macam ni pemimpin yang kita mahu. Bukan terus mengelar dan menjatuh hukum sehingga menakut2kan orang.

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan UG layak jadi along je... gertak, gertak, gertak selagi orang tak ikut kehendak depa. Alhamdulilah pimpinan AMANAH cool je...