Jumaat, 4 September 2015

Majlis Kafarah tidak boleh tebus bai’ah – Dewan Ulama Pas

Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bai'ah merupakan satu perkara berbeza dengan sumpah yang mana sumpah boleh ditebus melalui kaffarah.

KUALA LUMPUR, 4 Sept:

Bai’ah yang dilafaz oleh ahli-ahli Pas di seluruh negara tidak boleh ditebus melalui majlis kafarah, tegas Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Dr Mahfodz
Mohamed.

Beliau menjelaskan bahawa, bai’ah merupakan satu perkara berbeza dengan sumpah yang mana sumpah boleh ditebus melalui kaffarah.

“Pada saya, mereka sudah salah faham. Boleh untuk buat kafarah sekiranya melanggar sumpah tetapi bukan bai’ah.

“Langgar sumpah atau dipangil ‘aiman’ dalam istilah Arabnya memang boleh bayar kafarah dengan bagi makan kepada orang miskin atau tidak mampu boleh dengan
puasa selama tiga hari, tetapi tidak untuk bai’ah,” katanya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan berhubung majlis yang akan diadakan oleh bekas-bekas ahli Pas yang kini bersama Parti Amanah Rakyat.

Esok, akan diadakan satu majlis kafarah oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan turut disertai oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud
serta beberapa ahli Pas yang dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Majlis tersebut diadakan bertujuan bagi membayar denda susulan melanggar bai’ah Pas dengan meninggalkan parti tersebut untuk bersama Parti Amanah Negara.

Susulan daripada itu, Mahfodz menjelaskan bahawa setiap ahli Pas yang telah dipilih untuk bertanding di dalam pilihan raya telah dimaklumkan mengenai isi
kandungan di dalam bai’ah.

“Tiada unsur paksaan dalam melafaz bai’ah, setiap dari mereka semua sudah tahu dan sudah maklum implikasinya. Maknanya, ini dengan rela hati dan mereka
semua maklum kesannya. Bukan mereka tidak faham, mereka faham (lafaz tersebut).

“Tidak ada jalan lain, memang inilah satu-satunya jalan yang ada, mereka akan dilaknat sekiranya melanggar bai’ah. Caranya kita tidak tahu, sebab kuasa
melaknat itu dari Allah berdasarkan lafaz bai’ah yang disebutkan sebelum ini.

“Kalau yang untuk Kelantan pula, ikut kepada bai’ah memang sudah gugur talak tiga, jadi saya nasihatkan rujuk kepada Mahkamah Syariah,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, perkara melibatkan sumpah dan sedemikiannya perlu dirujuk kepada mahkamah.

Ini memandangkan ianya melibatkan implikasi yang besar kepada masyarakat khususnya melibatkan pernikahan dan juga perceraian.

“Ikut kehendak syarak, kita kembali kepada yang berautoriti. Sebab itu dalam Islam kita dinasihatkan untuk berfikir dulu sebelum bertindak. Kalau tidak
nanti akan menyesal sebab impaknya besar.

“Kita jangan jadi hakim luar untuk menghakimi apa yang terjadi, kita kembalikan kepada mahkamah,” katanya ringkas.


* apa mimik muka Haji Hadi dan seluruh pemimpin PAS sekarang? Gembira, mengejek dan mendabik dada senang ati? Balas dendam sudah tercapai, dulu hapuskan golongan profesional kini tersenyum riang barangkali ... Bagi aku tiada undi untuk UMNO dan PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS NI KENAPA SEBENARNYA? PARTI SYAITAN KER HAPA? KENAPA TAK BUAT BAIAH MAKAN KEPALA BABI KER, TERJUN LOMBONG KER, GANTUNG DIRI KER....

APA YANG PAS NAK BAWAK NI SEBENARNYA?
AJARAN PECAH BELAH KELUARGA?
BAWAK AJARAN SETAN?

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

Saya rasa hal ini janganlah dipanjang-panjangkan lagi kerana akan memburukkan lagi imej Islam bagi kalangan orang-orang bukan Islam. Memang ada baiknya didedahkan hal ini supaya mereka itu faham tentang Islam, tetapi biarlah didahulukan perkara-perkara yang lebih penting seperti kefahaman tentang Islam itu sendiri. Jadi semua pihak sama ada pemberita maya dan media massa tidak lagi memanjangkan isu ini. Kepada sdr2 yang bukan Islam jika anda ingin memahami Islam jangan ikut apa orang Islam lakukan, tetapi bacalah tentang Islam. Saya ada buku yang baik untuk sd2 baca, kalau berminat hubungi saya. Saya bukan beriklan tetapi kebetulan berada dalam topik ini, dan kebetulan saya ada bahan untuk dibaca. Maaf semua.

Tanpa Nama berkata...

Sahih Muslim: Book of Divorce

3491: Ibn 'Abbas reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (saw) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (was treated) as one. But Umar b. Khattab said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

3492: Abu Sahba' said toIbn 'Abbas: Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allah's Prophet (saw), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar? Ibn Abbas said: Yes.

Talaq 3 dikira 1 oleh Rasulullah saw. Hukum talaq 3 sekaligus ni sunnah Umar dan Umar bukan nabi.

Surah al-Ahzab: 36
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

Allah swt sendiri dah beri amaran kalau sudah ada hukum oleh Allah dan Rasul-Nya, jangan dicipta hukum lain.

nick berkata...

PAS sekarang sudah memberikan contoh terbaik "pelampau2 agama" kepada masyarakat bukan islam di Malaysia. Islam yang sepatutnya menjadi rahmat sudah bertukar menjadi alat balas dendam, alat menjatuhkan lawan dan yang lebih teruk, alat menghalalkan autokrasi dibawah panji2 "ulamak suci".

Adakah PAS berharap orang2 bukan islam akan yakin dengan hukum hudud sebagai penyelamat dengan tindakan2 mereka yang melampau2 dalam menghukum, terburu2 dalam tindakan serta takabur dengan kedudukan sebagai ulamak dan pemimpin? Tindak tanduk pemimpin PAS kebelakangan ini lebih mirip kepada pemimpin UMNO dan itu bukanlah ssesuatu yang baik bagi Parti yang mengaku menegakkan agama Islam.

Rakyat melihat dari sehari ke sehari, pemimpin2 PAS terdiri dari mereka2 yang kuat berdendam, melampau2 dalam perselisihan serta kuat menghukum apabila ketandusan hujah. Isu bai'ah ini hanya akan meruntuhkan maruah Islam dan PAS yang kononnya parti Islam lebih pentingkan kepuasan peribadi dari maruah agama. Bagi Hj Hadi dan juak2nya, mereka langsung tak kisah kalau islam dilihat serong oleh masyarakat asalkan kemahuan dan kegairahan mereka dapat dipuaskan. Isu bai'ah ini akan balik menghantui PAS di PRU14 dan pada ketika itu Islam akan mengalami kerugian yang amat besar kerana PAS kita sedia maklum tidak begitu berminat dengan kemenangan dalam PRU.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Bahana kalau tak cukup mengaji Arab. Itulah sebabbya perlu ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Lancau la pas ni,parti bangsat,buat peraturan yg bukan2,lbh baik aku sekeluarga belah cpt2,nanti kena sumpah apa pulak!!!

Unknown berkata...

Hasil tarbiah hadi awang,majoriti lebai pas jadi taksub dan pelampau agama.
Seolah kenyataan mereka mewakili Tuhan pulak.
Kalau hadi kata haram,semua lebai akan kata haram seolah2 tiada mazhab dan ulama lain atas muka bumi ni

Tanpa Nama berkata...

Al-Baiah Al-Ammah ( البيعة العامة )

Iaitu baiah yang berlaku selepas baiah khusus. Ia adalah baiah bukan dari sebahagian orang tetapi dari seluruh masyarakat sama ada mereka memberi baiah secara langsung atau dengan menggunakan wakil.

Ia adalah ibarat menyatakan wala', taat dan iktiraf kepada kepimpinan dan tidak akan keluar daripada jemaah muslimin .

DALIL-DALIL PERSYARIATAN BAIAH

Firman Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً [6]

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanya sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

Ayat ini menunjukkan baiah yg diberikan oleh Sahabat kepada Rasulullah. Hakikat baiah kepada Rasul adalah juga memberi baiah kepada Allah.