"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.
Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.
"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.
"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.
Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.
Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi
Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan
PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.
Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.
"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya. - Mstar/3/9/15
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
8 respon:
Ka dia takut jatuh talak kot...?Apa2 pun tu hak dia,apa boleh buat kalu lbih suka duk geng UG...!
Ini bagus kita buang yg keruh ambik yg jernih jgn nak ego sendiri kutuk sana sini putrajaya terlepas lg.tp kutuk sikit sikitpun seronok juga sj la gurau gurau buat permainan anak anak
PAS dah pecah kepada PAS dan PAN.... TQ. UMNO belah kepada UMNO NAJIB dan UMNO Muhyiddin + UMNO Mahathir + LL....TQ. PKR dijangka retak kepada PKR Azmin dan PKR Khalid Ibrahim + Dr. Wan Azizah + Ll...TQ.
Persoalannya..... siapa dia disebalik TQ. Pk...Pk kanlah wahai Bani Melayu...
Kalau masih sayangkan jawatan tak guna cakap berdegar-dengar. Orang Pas tak nak dengar, orang GHB pun tak peduli.
agak2nya mahfus takut kat baiah talak 3 kot,tak tahu le entah2 mahfus pun ada baiah sama mcm dr hatta....aku fikir mcm tu agaknya
PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
7. Jadi calon Pas kena Cagar BINI.....Baiah yg bidaah-kesesatan
8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
Jgn terkejut bila mahfuz join ghb nanti.
Dia ni seorg yg cerdik dan berpengalaman.
Dia bukan jenis buta2 turut hadi awang.
Org utara kata dia ni ada kira2..
Byk batu api org melayu sendiri sbb nak untung cepat.bila dah jd mcm tu nak salahkan bangsa lain.
Catat Ulasan