Sabtu, 5 September 2015

Kes Khalwat: Penceramah Bebas Serah Diri

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Sharhan Shafie dan pasangannya menyerah diri secara sukarela di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Khamis selepas
waran tangkap ke atas dirinya dikeluarkan oleh mahkamah itu minggu lalu.

Sharhan atau lebih dikenali sebagai `Ustaz Sharhan’ dengan itu dibebaskan daripada pertuduhan pada hari sebutan beliau tidak menghadirkan diri di mahkamah.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain kemudian membuat keputusan membatalkan waran tangkap ke atas Sharhan, 39 dan pasangannya Umi Masjuri Hassan, 40, selepas
membuat keputusan menyerah diri atas tuduhan berkhalwat.

Masing-masing dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga terdekat.

Menurut Mohd. Amran, mereka berdua dilepaskan oleh mahkamah tanpa dibebaskan, lapor Kosmo Online.

Dilepaskan tanpa dibebaskan bermaksud tertuduh dilepaskan bagi pertuduhan pada hari sebutan namun dia masih tidak bebas daripada kesalahan tersebut. -
FMT/3/9/15

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: