Khamis, 27 Ogos 2015

Timbalan MB Kelantan mengaku beli Range Rover RM200,000

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau
memiliki beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.

Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd
Asri Mat Daud.

Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman
perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz
(Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Naazar berkata...

Ada KAWAN meNAWARkan.........rase rasenye kalau mu bukan TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN.......ade tak KAWAN yang TERLIUR nak TAWARkan ape ape.........bro.......cuba cubalah suluh dengan suluh ALLAH......nescaya mahu aje kita SUNGKURKAN muka ke bumi dengan penuh PENYESALAN !!!!!
Ker guaner TUANG PRESIDENG !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

jual range rover mu tu pastu tolong mangsa banjir kuala krai....