Jumaat, 28 Ogos 2015

Mufti Johor ulas tentang Bersih 4.0 .. hehehe

Sebarang bentuk demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan.


PETALING JAYA: Demonstrasi dan tunjuk perasaan jalanan anjuran Bersih 4.0 hujung minggu ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, agama Islam tidak mengajar umatnya bertindak sedemikian kerana tindakan itu tidak menyelesaikan masalah.

Sebaliknya mengundang malapetaka baru kepada negara.

“Ia boleh membawa masalah baru dan boleh mengeruhkan lagi masalah yang sedia ada, perbuatan ini (Bersih 4.0) mengundang keburukan, huru-hara, malapetaka pada diri, keluarga dan negara.

“Bersih ini memudarat agama, agama tak suruh buat begitu, agama tak suruh fitnah. Kalau ditakdirkan berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa dan mati, ini dilarang oleh Islam, haram hukumnya.

“Ia boleh memudaratkan kepada harta, berlaku kerosakan motorsikal, perniagaan akhirnya akan memudaratkan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, langkah terbaik menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati kepada pemerintah ialah dengan melakukan mesyuarat atau bermuzakarah kerana itu merupakan platform terbaik.

“Islam sediakan platform untuk mengemukakan pandangan dan rasa tidak puas hati dengan melakukan muzakarah dan perbincangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat negara ini supaya berfikiran matang dalam membuat keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah untuk melakukan kejahatan.

“Jangan terpengaruh dengan dakyah dan ajakkan orang lain, kita ada akal boleh memilih yang mana baik dan yang mana jahat, kita boleh pilih yang mana betul dan yang mana salah.

“Jangan libatkan diri dengan (Bersih) dan hampir pun tak boleh bimbang akan merosakan diri. Kalau berlaku ini bermakna seseorang itu tidak ada imam atau imamnya kurang,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu wahai tuan yang alim tolong beritahu kami apakah cara untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa perbuatan merekan dalam menindas (tidak kepada kamu mungkin.kamu tidak kena GST) asalah zalim.tunjuklah caranya ,jangan komen tentnag demo BERSIH ni salah di sisi Islam .Apakah demo KOTOR pula yang halal di sisi Islam .BEKAS TOK PETI.Apakah membuang peminpin yang berkata benar itu halal di sisi Islam .Apakah menyokong orang yang zalin itu halal? BekasTok Peti

Tanpa Nama berkata...

Dia ni biasa la.....
makam ke 2 selepas harunsani


selamat berdemo
demokrasi membenarkan

Tanpa Nama berkata...

cara ulasannya menunjukkan ustaz ni tak serius pasal hal semasa dan tak banyak membaca...yang dia tau cakap hanya dosa pahala.halal haram.Orang mcm ni lah yang dr asri tak suka sngat2....jumud

Tanpa Nama berkata...

Aya tok apa cakap itu mcm.jaga jaga ha nanti perut tambah gendut.org himpun aman sj sapa kata mahu bikin kecoh .itu org dengki punya ckp sj.yg suka buat kecoh itu polis sembur asap sama air.org kecoh lari sana sini sj.cuba itu polis buat baik tak ada masalah punya.

Unknown berkata...

Mufti badut