Rabu, 19 Ogos 2015

Suami anda termasuk dalam golongan 1.6 juta ini?

ED ialah ketidakmampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Kira-kira 1.68 lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED), kata presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan masalah itu yang juga dikenali
sebagai lemah tenaga batin.

“Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh
kepercayaan berasaskan budaya dan set minda,” katanya ketika berucap pada Persidangan Mengenai Peranan Ahli Farmasi Dalam Menangani ED di sini, pada Selasa.

ED ialah ketidakmampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Ho berkata keadaan psikologi dan emosi seperti stres, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED.

“Rawatan ED tidak patut dipandang remeh…kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit hanya perlu berunding dengan doktor tentang bentuk rawatan yang
perlu dilakukannya,” kata Ho.

Beliau berkata ahli farmasi bersedia mengadakan perbincangan secara peribadi mengenai opsyen bagi seseorang untuk mendapatkan rawatan berkesan bagi masalah
ED. ~ rakyat post

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: