Rabu, 19 Ogos 2015

Azwan Ali terima ancaman bunuh kerana sokong PM

Azwan telah membuat laporan polis dan mahu mengheret individu terbabit ke mahkamah.

PETALING JAYA: Selebriti kontroversi, Azwan Ali yang menggelarkan dirinya sebagai Diva AA menerima ugutan daripada salah seorang pengikut di Instagramnya.

Adik kepada Menteri Selangor itu mendakwa, individu berkenaan mengugut untuk menumbuknya jika berjumpa gara-gara kenyataannya yang menyokong Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan portal hiburan Rotikaya.com, Azwan telahpun membuat laporan polis terhadap individu berkenaan dan mahu membawa kes itu sehingga ke mahkamah.

Baru-baru ini, Azwan menerusi akaun Instagram meluahkan tidak puas hati terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengkritik Najib
dan parti setiap kali merasmikan mesyuarat UMNO bahagian di seluruh negara.

Dia menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘duri dalam daging’ dan ‘amat merbahaya’ kerana kritikan terhadap Najib dan UMNO.

“Tak habis-habis ke hulu ke hilir. Kesian. That day siap buat PC ‘Saya terima dengan hati terbuka’. Now? Ko dah kenapa? Stop your nonsense. Duri dalam
daging amat-amat merbahaya. Get away!”, tulisnya pada 16 Ogos lalu. 

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: