Khamis, 27 Ogos 2015

Rakyat Malaysia bukan bodoh macam kau

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyokongnya perlu berhenti meyakinkan rakyat RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah derma, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, tiada siapa percaya atau boleh percaya sejumlah besar wang boleh didermakan kepada Najib atau mana-mana individu untuk apa saja tujuan.

"Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh," katanya dalam tulisan blog popularnya chedet.cc, hari ini.

Dr Mahathir berkata, alasan derma diberikan kerana pendirian tegas Malaysia menentang Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) tidak masuk akal kerana gerakan militan itu hanya wujud pada 2014 sedangkan dana itu dimasukkan ke akaun bank Najib pada 2013 atau sebelumnya. Katanya, alasan mengatakan Malaysia mengamalkan kesederhanaan dalam Islam juga sama sekali tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan Islam secara melampau.

"Kenapa AS$700 juta? Tentunya jumlah itu amat besar bagi keperluan pilihan raya Malaysia, kecuali jika ia untuk merasuah pengundi.

"Kenapa sesiapa mahu memberi rasuah kepada pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang.

"Rakyat Malaysia menyokong Barisan Nasional tanpa perlu dibayar rasuah yang banyak oleh sesiapa, apatah lagi warga asing," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, Batu Pahat berkata, hartawan ari Arab Saudi itu mempunyai 3 sebab utama mendermakan wangnya kepada Umno melalui akaun bank peribadi Najib.

"Pertama, Malaysia yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Isis.

"Kedua, Umno yang diterajui perdana menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya seperti dilaporkan media 22 Ogos lalu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Aku secara peribadi pon tak percaya...sebab aku tak bodoh mcm menteri pak angguk