Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dengan ketiadaan unsur jenayah, perkara tersebut perlu diselesaikan oleh parti politik.
"Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau perdana menteri melalui cara yag tidak demokratik," katanya.
Khalid menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa polis hanya melihat kepada laporan polis berhubung isu tersebut selepas dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.
"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini," katanya.
Khalid turut mengulangi sekali lagi bahawa isu undi tidak percaya itu melibatkan parti politik untuk menyelesaikannya dan polis tidak akan campurtangan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan