Khamis, 13 Ogos 2015

Panas! Bukti rakaman Dr Mahathir jumpa Clare - Ramesh Rao

Ramesh Rao mendakwa memiliki bukti Tun M mengarahkan Clare untuk memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan.


PETALING JAYA: Ramesh Rao memberi amaran supaya rakyat Malaysia tidak terkejut jika ada rakaman suara yang menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Clare Rewcastle-Brown.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu mendakwa, rakaman itu membuktikan bekas Perdana Menteri bersekongkol dengan pemilik Sarawak Report itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jangan terkejut perjumpaan Dr Mahathir dan Clare ada recoder yang menunjukkan Mahathir arahkan Clare untuk burukkan Najib,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Dia menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang ingatan dan nyanyok kerana menggunakan media asing untuk memburukkan pemimpin dan negara ini.

“Saya nak ulang balik sewaktu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat bila media asing serang Malaysia dia (Dr Mahathir) bidas media asing kononnya Yahudi dan jangan percaya dengan berita.

“…Tetapi hari ini Dr Mahathir upah Clare untuk hentam kerajaan Malaysia dengan menjemput dia (Clare) ke Yayasan kepimpinan Perdana dan pergi ke London berjumpa,” katanya.

Ramesh berkata, Dr Mahathir juga sudah ‘nyanyok’ apabila mengatakan demokrasi di negara ini telah mati di bawah kepemimpinan Najib dan demonstrasi tidak lagi dibenarkan.

“Pada 1998, peserta demonstrasi diterajang macam binatang termasuk saya ketika itu yang menyokong reformasi Anwar.

“Itu semua atas arahan Dr Mahathir tetapi zaman Najib tidak ada seorang pun peserta perhimpunan BERSIH kena belasah macam binatang.

” Sekarang Dr Mahathir pula menghasut (gulingkan Najib dengan demo). Ini tidak boleh.

“Jangan nak menghasut buat demonstrasi jalanan, kenapa nak melawan kuasa Agong, Najib dilantik dengan perkenan Agong bukan dia. Mahathir ni bodoh ke?,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ramesh ni kena guna2 ke?

Malaysiabaru berkata...

Keturunan umno haru biru

Impak kejatuhan ringgit

Kejatuhan ringgit bermakna
- pelabur dah cabut lari
- suasana melabur tak best
- pelabur dah jual aset Malaysia dan buang ringgit ...
- pelabur dah berhenti kerja dan lari ke negara lain
-,bond Malaysia tak menarik
-,gst membebankan peniaga jadi tak guna berniaga blah ke negara lain

Tanpa Nama berkata...

Itulah kelebihan najib dia dapat beli sapa saja yang ada masaalah keewangan anak mursyidul mahadey kutty la katakan inilah yang terjadi pada ane nie yang sudah dibeli oleh najib ketika PRU12 dulu serupa seperti Gobala yang tersangkut dengan pelabagai hutang semasa PRU 12 juga.

Tanpa Nama berkata...

tak payah layan lah manusia tak ada kredibiliti nie....hidup dgn membodek aje...jilat bontot...