Selasa, 25 Ogos 2015

Lebih ramai ahli PAS akan sertai GHB - Mat Sabu

SEBERANG JAYA: Lebih ramai lagi ahli PAS didakwa akan keluar parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Pengerusinya Mohamad Sabu, mendakwa ada ahli PAS yang akan meninggalkan PAS secara berperingkat untuk menyertai GHB yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini.

"Keluar daripada PAS ramai lagi sedang menunggu giliran. Kita tidak buat pengarahan berjadual tapi mereka memilih untuk keluar berperingkat-peringkat.

"Itu terserah kepada mereka. Kita tidak ada susun jadual dan hari ini ada ahli PAS di Gelang Patah yang keluar parti ... InsyaAllah ini akan berterusan ikut negeri," katanya dalam sidang media selepas pelancaran jelajah GHB peringkat Pulau Pinang di Seberang Jaya, pada Ahad.

Mohamad Sabu menegaskan, GHB tidak pernah menghasut mana-mana ahli PAS untuk meninggalkan parti tersebut.

"Namun, jika ada ahli PAS yang keluar parti dan menyertai GHB, keputusan tersebut dibuat di atas kehendak mereka sendiri bagi melakukan perubahan," ujarnya.

Beliau mengulas tindakan beberapa ahli dan wakil rakyat PAS di beberapa negeri yang mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai GHB.

Parti Islam baharu akan dinamakan Parti Gerakan Amanah (Amanah) dijangka akan dilancarkan pada 31 Ogos ini.

'Amanah' dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka akan bergerak sendiri namun parti itu akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi kepentingan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: