Sabtu, 8 Ogos 2015

Halang SPRM, ia tetap tindakan biadap dan jenayah!

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Tindakan menghalang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 48, Akta
SPRM 2009.

Sehubungan itu, jika polis meneruskan siri tangkapan dan gangguan terhadap SPRM, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mengajak orang ramai untuk mengemukakan
aduan kepada pejabat-pejabat SPRM di seluruh negara.

Katanya, ini akan membolehkan SPRM menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM bagi menangkap anggota polis yang terbabit kerana
mengganggu siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, siri tangkapan terhadap pegawai-pegawai SPRM oleh pihak polis nyata telah mengganggu kelicinan proses siasatan
yang sedang dijalankan ke atas SRC International Sdn Bhd, sebuah bekas anak syarikat 1MDB yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012,
setelah mendapat pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) satu tahun sebelumnya.

“Saya hairan kenapa tidak ada seorang pun menteri yang menggesa pihak polis untuk membiarkan SPRM menyelesaikan siasatannya, seperti mana mereka seringkali
menyuruh supaya kita rakyat Malaysia menanti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) ke atas 1MDB, selesai.

“Bukankah baik sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi peluang kepada SPRM untuk menyelesaikan
siasatan mereka tanpa diganggu, sepertimana Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Mansor semalam meminta orang ramai memberi peluang kepada Perdana Menteri,”
katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Nak tunggu report apa lagi? SPRM perlu bertindak atau ni semua hanya sandiwara je... puuuih! tuuuuuih!

Tanpa Nama berkata...

Beri peluang otak apa lg kalau dah rasuah bilion bilion mcm tu.nak tunggu satu negara djualnya najib tu ke

Tanpa Nama berkata...

Anda semua ingat kes Altantuya, rekod imigresen dipadamkan. Bagaimana dengan judgment motif penting tapi tak relevan kerana mengelak untuk memanggil Musa Safri dan "bosses" Musa Safri yang boleh meberi gambaran siapa arah dan mengapa Sirul dan Azilah bunuh Altantuya dengan kejam. Bagaimana dengan adik Najib, Deepak, Cecil Abraham bertungkus lumus untuk membayar Bala menukar SD atau Deepak mendapat durian runtuh bayaran Boustead dan kemudahan Bank Rakyat bila buka mulut untuk membocorkan rahsia Najib dalam kes Altantuya.

Demekian jugalah yang berlaku depan mata kita sekarang. Zahid yalah barua Najib. IGP yalah barua Zahid. Jadi sudah tentu IGP akan main peranan penting untuk menekan penyiasat dan merampas dan menghilangkan semua bukti yang akan mensabitkan Najib dengan rasuah.

Nasihat rakyat yang perihatin kepada pegawai2 SPRM dan Bank Negara yang diintimidasi oleh IGP dan Zahid untuk menyelamatkan Najib:

1.Buat salinan semua bukti-bukti rasuah, money laundering, AMLA ini dan serah kepada lawyer yang neutral dalam negara dan luar negara
2. Jika perlu lawyer boleh buat pendedahan didalam dan luar negara
3. SPRM bukalah dan ambil tindakan fail-fail rasuah yang bertimbun mengenai Zahid, IGP, Boss2 Polis lain kerana mereka ini semua penyangak rasuah ikut boss mereka.
4. Najib adalah PM yang kotor, korup dan penjenayah akan ketar lutut kalau bukti-bukti ini sampai kepengetahuan rakyat

Bangkit SPRM, Bank Negara, Gani Patail.. inilah masa untuk mengikut naluri hati untuk mempertahankan hak rakyat bukan hak penyangak sial tu.