Ahad, 23 Ogos 2015

Hadi kata PAS bukan parti kampung .. hehehe

"Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan
pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.

Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.

Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.

"PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.

"PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

"Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.

Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.

"Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.

Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.

"Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.

"Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. Banyak lagi akan datang," katanya.

* kenapa kenyataan sebegini dibuat? Bukankah GHB pernah berkata tidak akan mengugat PAS? Malah matlamat utama GHB untuk menggantikan BN melalui pakatan rakyat 2.0? Nampak benar Hadi 'cemas' dengan mengambarkan sejarah dan kekuatan PAS sekarang. Apapun tunggu dan lihat PRU 14 nanti. "Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan
pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.

Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.

Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.

"PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.

"PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

"Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.

Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.

"Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.

Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.

"Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

"Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.

"Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. Banyak lagi akan datang," katanya.

* kenapa kenyataan sebegini dibuat? Bukankah GHB pernah berkata tidak akan mengugat PAS? Malah matlamat utama GHB untuk menggantikan BN melalui pakatan rakyat 2.0? Nampak benar Hadi 'cemas' dengan mengambarkan sejarah dan kekuatan PAS sekarang. Apapun tunggu dan lihat PRU 14 nanti.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

9000 ribu sikit taun haji ,mengapa tak tulis 90,000,baru sempat prosess 80.000 ,dan akan datang lagi nak masuk Pas beribu2 lagi,Bornag yang dicetak dah habis,Yang masih menunggu sedang bermalam di Kg Rusila .sila datang untuk dibuktikan.Sedap sikit kita dengan sambutan pada Pas.

nick berkata...

Didalam setiap perjanjian terdapat dua pihak yang terlibat dan Baiah juga tidak lari dari asas ini. Baiah yang kita fahami adalah perjanjian kesetiaan antara parti dan ahlinya. Kedua2 pihak mempunyai tanggungjawab dan peranan. Maka apabila Parti PAS dibawah Hadi dan juak2nya mula melabel, menghalau serta memusuhi ahli2 mereka sendiri maka rasanya baiah yang telah diangkat telah terbatal. Maka apa logiknya Hj Hadi mahu geng2 GHB mentaati baiah sedangkan Parti PAS dibawah kelangkang Hadi telah berlaku zalim dan berbuat aniaya kepada geng GHB.

Adakah dalam baiah hanya satu pihak (geng profesional) sahaja yang perlu patuh kepada perjanjian manakala geng hadi (yang perasan mereka itu wakil allah) yang menguasai PAS boleh berbuat sesukahati, iaitu melabel, memfitnah, menghalau dan menggunakan organ2 parti menekan dan memusuhi orang2 tersebut? Geng GHB perlu berakhlak taat baiah tapi pucuk pimpinan PAS tak wajib? Islam apa yang diamalkan oleh Hadi ni?

Ahli wajib taat pada jemaah tapi apabila jemaah mula menggunakan kekuatannya menekan dan menzalimi ahli dengan label, fitnah, serta menghalau maka ahli itu sudah gugur kewajipannya untuk taat kepada jemaah itu. Hadi yang mempergunakan PAS demi kelangsungan kuasanya tiada hak bercakap tentang baiah! Apabila dia telah berlaku zalim menggunakan jawatannya sebagai Presiden dan dengan kedudukannya mengangkat juak2 pengampu menduduki jawatan utama parti maka kewajipan baiah gugur. Itu pun tak faham ke? Apa yang kamu belajar dan apa yang kamu ajar, wahai Hj Hadi?

Nick.
Cape Tiger.