Mufti Perlis itu berkata, seseorang penguasa, pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan dipegangnya atau tidak.
"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.
Asri berkata, sebaliknya jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.
Katanya, situasi itu seperti memberikan hadiah kepada sahabat walaupun penerimanya adalah seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.
"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah," katanya.
Beliau berkata sedemikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) mengatakan semalam wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM dalam kenyataan semalam mengesahkan hasil siasatan yang dibuat dan sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara.
Laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mendedahkan penyiasat Malaysia mengesan berbilion ringgit wang 1MDB disalurkan ke beberapa syarikat sebelum transaksi terakhir didepositkan ke akaun peribadi Najib di Ambank.
Bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Najib mengaku kepadanya wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya adalah dari "Timur Tengah".
Beberapa menteri Kabinet baru dilantik Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan pemberian derma ke akaun Najib dan bukannya duit rakyat. –
4 Ogos, 2015.
article end
Promoted Stories
list of 5 items
Passion takes banker up career ladderThe Naked CEO
From suspended schoolboy to disruptive CEOThe Naked CEO
How Much Do Top Politicians In Malaysia Earn? | iMoneyImoney
Norton Protecting Kids OnlineSymantec
Proton cars are now even more affordableCar Malaysia - HOME
list end
Recommended by
Share with others
1211 24 Google +4 0 2
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in
our website . As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic
comments
22 COMMENTS
Berita Berkaitan
1MDB: Pengkritik tidak pernah puas hati dengan jawapan, kata menteri
BAHASA
Najib terima RM2.6 bilion bukan satu jenayah, kata Khairy
BAHASA
Anggota pembangkang PAC persoal penangguhan prosiding 1MDB
BAHASA
Lagi Bahasa
1MDB: Pengkritik tidak pernah puas hati dengan jawapan, kata menteri
Najib terima RM2.6 bilion bukan satu jenayah, kata K
* Dr Maza macam biasa,akan mengulas dengan pedas sesuatu isu. Biarlah Najib menggelupur sikit ... aku sokong Dr Maza
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
mufti2 lain tak nak komen ke? klu bab2 remeh temeh cepat sj keluarkan komen. periuk nasi beb.....
Apa kata Najib pada tahun 2012?
Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=HrwIjjwmWNo
kah kah
berani kerana benar........syabas mufti.....
Catat Ulasan