Begitulah lumrah dan rencah dalam kehidupan manusia. Hanya mereka yang teguh pendirian, sentiasa berbuat yang benar dan tidak takut dengan kebenaran saja yang tidak memilih laluan "u turn" atau jalan susur jika sudah membuat keputusan untuk melalui jalan lurus sehingga sampai ke matlamat yang mahu dituju sejak awal lagi.
Melalui penubuhan pasukan petugas khas oleh Peguam Negara sebelum ini, ia adalah untuk menyiasat dakwaan kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Selepas melakukan lima tangkapan dengan terakhir seorang despatch dan kemudian Gani Patail disingkirkan sebagai Peguam Negara atas alasan kesihatan, kita tidak pernah mendengar apa-apa khabar berita lagi tentang pasukan itu.
Cuma yang kita tahu kemudiannya tiga orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Mereka ialah bekas pengerusi sebuah panel penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal
Singh, kakitangan di Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang yang berjawatan timbalan pendakwaraya di SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy.
Buat seketika, ramai yang bingung dengan penangkapan mereka ini. Apa tujuan orang yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat tiba-tiba ditahan polis?
Akhirnya semalam, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan ketiga-tiga mereka ini ialah untuk membantu
siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB.
Katanya, kerajaan memandang serius isu kebocoran itu kerana maklumat berkaitan siasatan 1MDB telah digunakan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.
"Kita ambil serius isu kebocoran ini dan polis akan menyiasatnya dengan profesional. Kami mahu menentukan bagaimana maklumat itu dibocorkan sama ada melalui
SPRM, Peguam Negara, Bank Negara atau pihak polis sendiri," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.
Pulakkk!!!
Dengan tumpuan siasatan kini disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat berbanding isu wang RM2.6 bilion yang menjadi matlamat asalnya, ia secara langsung
memberi gambaran bahawa laporan The Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge selama ini adalah benar dan sahih belaka.
Secara sedar dan sengaja, Zahid Hamidi telah mengesahkannya untuk pencerahan kita semua.
Maknanya maklumat yang bocor itu adalah benar, cuma ia dianggap
boleh menjejaskan imej Najib.
Maknanya juga, jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, buat apa pembocor maklumat ingin dicari? Lebih baik ambil tindakan undang-undang
terus kepada media terbabit saja atas dakwaan fitnah dan sebagainya?
Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat dan The Edge digantung permitnya?
Tentunya ini akan membuatkan ramai tertanya-tanya, apa jadi kepada siasatan pasukan petugas khas selepas ini?
Mungkin juga sebahagian yang lain merasakan tidak lagi penting untuk mengetahui hasil siasatan pasukan petugas khas itu setelah Gani Patail disingkirkan
dan mencari pembocor maklumat lebih disasarkan.
Bagi yang ingin mengetahui kebenaran, pasti turut tertanya-tanya, apakah setelah pembocor maklumat diketahui nanti, isu wang RM2.6 bilion yang dikaitkan
dengan Najib itu akan diteruskan siasatannya atau bakal disenyapkan begitu saja?
Tidak kurang yang mencadangkan agar sebuah Suruhajaya Diraja segera ditubuhkan bagi menggantikan pasukan petugas khas itu kerana dengan jalan susur semakin
menjadi pilihan untuk melencong daripada laluan utama yang mahu dituju sebelum ini, ia adalah pilihan terbaik untuk mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan
semakin kabur hari demi hari.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan