Jumaat, 31 Julai 2015

Pemimpin Pemuda Umno tuduh Najib khianat



Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan
mereka hari ini.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".

Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.

Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.

"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.

Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala
"pembela rakyat" akan dipecat.

Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.

"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.

Sementara itu Saiful Zakry berkata dia "malu" dengan tindakan segelintir pemimpin Umno yang bermuka-muka.

"Saya juga berasa malu apabila hendak menjawab soalan-soalan daripada akar umbi tentang tindakan tersebut.

"Dan dikalangan rakan-rakan pembangkang pula, (mereka) memulangkan paku buah keras kepada kami ahli Umno," katanya.

Perkembangan itu bukanlah yang pertama sejak Najib menyingkirkan Muhyiddin.

Semalam Pemuda Umno Labis mengeluarkan kenyataan menuntut
Najib mengambil cuti
sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.

Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: