Jumaat, 17 Julai 2015

Video klip Anwar ucap Selamat Hari Raya dari tirai besi



Meskipun berada di belakang tirai besi, pengguna media sosial berpeluang mengikuti ucapan dan amanat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena
sambutan Aidilfitri yang disampaikan menerusi video yang menyentuh hati.

Video berdurasi hampir empat minit itu dibahagikan kepada tiga segmen iaitu sajak nukilan Anwar, lagu yang dinyanyikan Nik Jidan daripada kumpulan BangsArt
dan lirik oleh aktivis Hishamuddin Rais serta amanat ringkas bekas ketua pembangkang itu.

Rentetan perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa, Reformasi 1998, pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keputusan penghakiman Liwat II turut diabadikan
menerusi lagu yang disampaikan.

Anwar menerusi sajaknya berkata, walaupun beliau kini dipenjarakan, namun isu semasa seperrti permasalahan pemimpin negara dan keluh kesah rakyat masih
didengarinya.

Katanya, penghujung Ramadan dijadikan peluang terbaik untuk bermunajat kepada Allah walaupun berdepan suasana kemarau di penjara.

"Saya kini kembali menerkam dalam kenangan jerejak besi. Keheningan sendirian dan panas musim kemarau namun dimanfaatkan seluasnya untuk bermunajat di
akhir Ramadan.

"Masih terdengar suara mendesir di luar sana. Penguasa bergelut soal dana, harta dan kemewahan.

"Rakyat bergelut kenaikan harga barang dan kesempitan hidup," kata Anwar menerusi sajak yang dimuatkan dalam video itu.

Hishamuddin berkata, video yang proses pembikinannya memakan masa tiga hari, berjaya disiapkan hari ini dan terus dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Katanya, video itu diterbitkan kerana ia merupakan medium paling mudah untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri Anwar kepada semua umat Islam dan kaum di Malaysia.

"Sajak itu ditulis pada Selasa. Kami dapat ucapan dahulu dan kami diberitahu sajak akan sampai kemudian.

"Daripada sajak dan ucapan itu kami mengorganisasikan bayangan dalam penjara," katanya yang mendapat bahan berkenaan daripada salah seorang peguam Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak sulung kepada bekas timbalan perdana menteri itu berkata, video yang diterbitkan Hishamuddin
itu mengundang rasa terharu mereka sekeluarga.

Katanya, video berkenaan jelas menunjukkan perjuangan Anwar bukanlah sesuatu yang baru bermula tetapi sudah digerakkan sejak zaman kebangkitan mahasiswa
pada 1970an.

"Sentuhan Hishamuddin itu tak dapat dinafikan dan menambah keunikan kepada video tersebut.

"Sempena Aidilfitri, saya menjemput teman dan rakyat Malaysia menonton klip video serta mendoakan kesejahteraan beliau dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Malam ini kami bercadang takbir hari raya di luar penjara. Kami tak dijanjikan pertemuan dengan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nurul Izzah berkata mereka sekeluarga hanya dapat bertemu Anwar untuk Aidilfitri ini pada Hari Raya keenam dan beliau menyifatkannya sekatan buruk berbanding
apa yang dikenakan zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalah zaman Dr Mahathir. Semasa zaman beliau, kami dapat bertemu raya kedua. Sekarang zaman Najib jatuh hari keenam.

"Amat mengecewakan sekali tetapi kami akan terus bersabar dan mendukung gesaan PKR untuk tidak menghadiri sebarang majlis hari raya bersama BN," katanya.
– 16 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Quantum Metal Consultant berkata...

Sewajarnya penyokong Anwar perlu memastikan peliwat dana negara dan peliwat wang rakyat dihukum...