Khamis, 2 Julai 2015

Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga.

Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan
perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga
silaturrahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

"Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua," katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada
asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri.

Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai
ke negara ini.

"Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita.

"Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan. – 2 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

kijfd berkata...

najib bukan tuhan.,,,

surga neraka hak mutlak Allah.bukan kerja najib nak letak sesiapa dalam neraka,,

Tanpa Nama berkata...

Tak payah ckp pasal syurga neraka lah najib. Yg kau rembak duit rakyat tu kira tak berdosa ke? Blh masuk syurga ke najib? Lain kali kalo nk ckp cermin diri dulu lah..