Khamis, 30 Julai 2015

Terkini: Aziz Bari sertai DAP

Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyertai DAP hari ini, menjadikan beliau tokoh Melayu terkini menyertai parti itu, selepas Sasterawan Negara A. Samad Said.

Beliau bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya umum ke-13 dan kalah.

Aziz berkata, beliau bersyukur kerana diberi peluang menyertai DAP dan tidak berharap sebarang jawatan, tetapi mahu berkhidmat dan menyumbang kepada negara.

Beliau berkata, memandangkan penglibatan dengan Institut Pulau Pinang sebagai felo, beliau menyedari DAP sangat efisien, parti berprinsipkan meritokrasi.
"Dalam pakatan pembangkang, DAP mempunyai paling banyak kerusi Parlimen dan negeri dan ini memberikan saya keyakinan mereka mempunyai kekuatan serta keyakinan untuk maju.

"Saya berharap penglibatan saya dalam parti boleh membantu mempercepatkan pembangkang ke Putrajaya," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata, adalah penting bagi masa depan negara mempunyai dua sistem parti, sambil menambah ia satu-satunya cara untuk membawa kemakmuran dan kemajuan untuk rakyat.

Apabila ditanya sama ada beliau dimaklumkan tentang rancangan PKR menyertai DAP, Aziz berkata beliau bercakap dengan setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli mengenainya.

"Saya cari ruang yang lebih besar, satu kumpulan yang akan memberikan saya lebih kebebasan dan tempat di mana bakat serta kepakaran saya akan digunakan sepenuhnya, tetapi saya masih sebahagian daripada gabungan itu yang mahu memberikan pilihan kepada pengundi," katanya. – 30 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: