Khamis, 30 Julai 2015

MB Negeri Sembilan kantoi?

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan suara rakaman audio yang tersebar luas di laman media sosial mengkritik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah miliknya kerana terdapat kesilapan fakta dalam rakaman audio itu membabitkan dirinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Moahamad berkata individu dalam rakaman audio itu mengakui dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapanya
bukan seorang guru.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu," kata Mohamad, dalam
kenyataannya.

Beliau berkata, penyebaran rakaman audio yang cuba mengaitkan dirinya itu adalah satu fitnah berniat jahat dan cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno.

"Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang  bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan
Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

"Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin
lain, baik di dalam parti Umno mahupun dalam kerajaan," kata Mohamad.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya."

Rakaman audio berdurasi 1.54 minit itu mengandungi suara seorang individu yang mempersoalkan tindakan Najib berhubung isu siasatan skandal syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).

Antara inti pati rakaman audio itu adalah individu berkenaan mempersoalkan tindakan siasatan yang dikenakan terhadap beberapa individu, termasuk bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan nak menyebelahi Muhyiddin, mana-mana pihak, tapi dia cakap tu pun ada fakta, betul, dia kata kesilapan dilakukan, 'just apologise', kita akan
bersama dia bukan kita minta dia berhenti, letak jawatan.

"Betulkan balik, jom sama-sama 'repair'. Macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) tanya, 'simple', dia tak tanya apa, duit tu pegi mana, itu sahaja, apa yang
Najib susah sangat, duit ini aku dah terpakai, salah 'manage', dah tersilap habis cerita. Mahathir nak tanya itu je.

"Yang ditangkapnya 'office boy', 'despatch', 1MDB. Ya Allah.

"Muhyiddin kata tu betul, kenapa tak tangkap orang yang disyaki, yang ditangkapnya tak bersalah, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah Najib, siasatlah
Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

"Apa 'standard office boy' nak buat kerja RM42 bilion ini...macam tak logik. Ini mendatangkan kemarahan rakyat. Rakyat zaman ni tak bodoh. Zaman mak bapak
kita bodohlah. Zaman itu tiada komputer," kata suara rakaman audio itu. – 30 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

report lah Polis, Banyak Pakar boleh check suara tu tulin ke tidak

Takutttttttttttttt