Khamis, 30 Julai 2015

Penjilat nombor satu


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO)
tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang
dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakinimenunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu
termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

- astroawani

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jangan mudah percaya cakap ketua yang munafik.
Pasti ia tidak akan menceritakan keburukkannya, malah dihiasi dirinya seolah-olah tampak baik dimata umum walaupun ia memahami dirinya adalah pelaku yang sebenar. Lawak bin ajaib jika mudah percaya cakap ketua yang munafik atau cakap yang suka membela diri.
Sedar tidak sedar penipuan kata-kata berlaku hampir setiap hari dalam dunia politik dan dunia munafik.
Manusia mudah ditipu oleh kata-kata dan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

3.85 kata duit masuk akaun tak benar, tapi si penasihat JASA kata akaun tu hal personal (Apa yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak bukan urusan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.)

So siapa yang betul, seorg kata tak ada, seorg anggap isu personal. Macam kantoiiii je.

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/2015/07/duit-dalam-akaun-najib-adalah-rahsia.html?m=0

Tanpa Nama berkata...

namanya pun Ahmad mazlan ,bla sebut aje Ahmad mazlan ,dah terkenal branded lelaki paling bodoh.ibubapa sekarang ni jangan namakan anak dengan nama Ahmad mazlan ,dia akan bodoh sampai ke tua.

Unknown berkata...

Tu lelaki paling bodoh sebagai menteri

Tanpa Nama berkata...

ingatkan bila rombakan kabinet Ahmad Maslan dah kena tendang rupa2 nya kekal lagi..........