Rabu, 29 Julai 2015

Panas .. Ummi Hafilda telanjangkan Najib

Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.

"Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno.

"Saya keluar dari Umno hari ini. Saya malu, saya malu menjadi ahli Umno,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman Muhyiddin.

Sebaliknya Umi berkata beliau bangga menjadi rakyat yang berani menegakkan kebenaran dan meminta rakyat Malaysia lain turut bangun.

"Saya malu mengaku saya ahli Umno kerana apabila kebenaran itu ditentang dengan cara yang kotor sebegini. Saya malu menjadi ahli Umno," katanya.

Tanda kejatuhan

Mengulas apakah Muhyiddin juga akan bertindak keluar Umno, Umi berkata beliau tidak berhak untuk bercakap bagi pihak beliau.

"Itu hak dia (keluar parti), saya tak boleh bercakap bagi pihak dia (Muhyiddin).

"Jiwa dia masih dengan Umno, dia masih timbalan presiden Umno dan kalau orang jemput dia masih akan hadir," ujarnya.

Dalam pada itu Umi yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa Umno akan berkubur dengan pemecatan Muhyiddin hari ini.

"Bagi saya pemecatan Muhyiddin hari ini adalah tanda-tanda akan jatuhnya kepimpinan yang ada hari ini.

"Pemecatan Muhyiddin hari ini menunjukkan... maaf cakap, ini apa yang saya rasakan akan berkuburnya Umno selepas 16 tahun.

"Kalau kamu sebagai pemimpin tidak sensitif dengan apa yang berlaku dan tidak mendengar suara rakyat kamu akan hancur," tegasnya.

Luahan isu hati

Ujar Umi, jika suara orang nombor dua negara pun tidak didengar bagaimana pula dengan keluhan rakyat hari ini.

"Kalau orang nombor dua bercakap pun tidak diterima apatah lagi rakyat," katanya.

Ditanya bagaimana keadaan ahli Parlimen Pagoh itu, Umi berkata beliau begitu tenang dan reda dengan apa yang berlaku.

"Dalam mesyuarat tadi beliau kelihatan tenang dan beliau cakap dia dah buat yang terbaik, Muhyiddin juga sudah berjumpa dengan Najib dan meluahkan segala rasa hatinya," tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari semalam mengumumkan pemecatan Muhyiddin sebagai timbalannya, yang dispekulasi susulan berbeza pendirian berhubung kontroversi 1MDB.


* ulasan aku ..

Hairan jugak .. kalau dalam UMNO sendiri dok hentam Najib dengan asalah 1MDB dan pemecatan Muhyiddin. Ada pemimpin dari parti hijau sedang 'menyokong' Najib.

Hai hai hai .. sokong punya sokong jawatan TPM melepas deh ... Tapi mungkin lepas PRU 14 siapa tau .. topeng mereka akan terlucut ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

16 respon:

Tanpa Nama berkata...

Parti baru lg ummi jd setiausaha gabung dgn parti abangnya n parti yg lain .berdesup ke putrajaya.

Unknown berkata...

Aku sokong umi dalam bab ni..

Tanpa Nama berkata...

Woi ku kata parti hijau,? nak kena kau ni,Parti hijau adaklah mempunya peminpin yang suci dalam debu..janagn menhina ye.

Unknown berkata...

Bangang tahap gaban dan bodoh punya cadangan

Unknown berkata...

Bangang tahap gaban punya komen

lagu tu laa berkata...

aku pun sama hairan dgn admin, tak tau apa yg tersirat dan tersurat dalam lubuk hati pemimpin parti hijau ni.sedangkan dalam umno sendiri pun tak setuju,tetiba parti hijau setuju dengan kabinet baru tu.kera jaan m'sia ditadbir manusia2 yg jiwanya kacau.mereka2 termasuk pemimpin parti hijau kalu boleh biar akar umbi dan seluruh rakyat m'sia jadi cacat buta,tuli pekak dan bisu supaya senang menglaksana perancangan mereka2 ini.bila bercakap BENAR dianggap SALAH dan perlu DIHUKUM inilah sistem pentadbiran m'sia.

Tanpa Nama berkata...

Pandai pulak malu, masa fitnah DSAI tak malu pulak. Nampaknya Allah dh tunjuk akibat perbuatan fitnah. Kebenaran & keadilan akan terserlah jugak

Tanpa Nama berkata...

Belum Diva AA cakap lagi, Kalau dia yang cakap Azmin jadi TPM.

Tanpa Nama berkata...

Keluarlah ummi oii. Kau dan adik beradik kau sama je kepala pusing. Cerdik tak bole diikut bodoh tak dapat nak diajar. Maaf lah kalau kasar cakap tu.

Tanpa Nama berkata...

pas dulu dgn pas skrg cam langit dgn bumi... Hadi dah bwk jauh haluan pas tersimpang... sebaik2 perancangan manusia
perancangan Allah lagi solid.... tunggu je la pas & umno bergabung... pasrto bari berlogo dacing berkaler hijau - PASNO

XUMNO berkata...

Awak suka kalau Hj Hadi bawak Pas duduk semeja dengan Dap hentam hukum Allah? Dahlah tolol hukum agama, suka pulak buat kerja syaitan fitnah orang.

Tanpa Nama berkata...

jika malu, kena tunjukkan kemaluan dengan jelas dan nyata. baru la boleh percaya.

Tanpa Nama berkata...

Eh EXUMNO, jadi kamu sukalah jika PAS bersekongkol bersama UMNO tempat lubuk fitnah tu supaya sesuai dgn Hadi Awang pil kuda?

Tanpa Nama berkata...

kalau kau nak belah keluar umno bolehlah berambus cwpat...
setakat kau seorang keluar tak menjadi atau terkesan walau sebiji kudis dicelah kangkang mu..
yg takut ramai2 ahli umno keluar tinggal najib dan bini sahaja..
kau tubuhlah parti baru macam Mat Sabu tu..

Tanpa Nama berkata...

Parti hijau pukimak woit bodo dlm sejarah mukjizat nabi belah bulan nampak x yang bulan xda guna bodo piang p bubuh kot p bubuh kalimah laillah haillallah ok gak sial anak haram pas babithurat

Tanpa Nama berkata...

apa agaknya yg najib tk bagi kt umi ni?

sampai merajuk sgt umi ni.

jgn main2 dgn umi tau..... adik MB selangor tu
adik dia seorg tu mulut sgt laser.... jgn main2