Sabtu, 11 Julai 2015

PAC nak panggil Najib? hahahhaha boleh percaya ke ni

"Dia boleh tanya PM berapa baki simpanan dalam akaun itu apabila ia ditutup pada Ogos 2013. Apa dia buat dengan baki itu?" kata Zaid.

Seorang bekas menteri Umno menggesa pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed memanggil perdana menteri bagi membantu siasatannya dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya keyakinan rakyat terhadap pemimpin Melayu dapat dipulihkan kembali.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, PAC boleh bertanya Datuk Seri Najib Razak dari mana wang di dalam akaun bank peribadinya diperolehi dan berbagai soalan lain berkaitan dakwaan The Wall Street Journal yang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) berakhir dalam akaun peribadi Najib, yang kini ditutup.

Menulis di blognya, Zaid berkata, suatu kelainan yang baik sekiranya keterangan perdana menteri dapat diperolehi, bukannya hanya mendengar kenyataan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

"Dia boleh tanya PM, siapa memiliki Tanore Finance, sebuah syarikat BVI (British Virgin Islands).

"Dia boleh tanya PM siapa bagi kebenaran pindahkan wang ke dalam akaun Ambank AmPrivate daripada Falcon International.

"Dia boleh tanya PM berapa baki simpanan dalam akaun itu apabila ia ditutup pada Ogos 2013. Apa dia buat dengan baki itu?" kata Zaid.

Jika tidak, katanya Nur Jazlan boleh bertindak seperti "pak turut dan hipokrit", di mana orang Melayu berpendidikan tinggi dalam Kabinet, Parlimen dan yang mengetuai institusi awam sangkakan yangkedudukan dan harta adalah segala-galanya. Oleh itu, mereka terus diam membisu.

“Mereka faham tentang kesalahan jenayah seperti pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang, tetapi mereka berpura-pura tidak tahu.

"Mereka beritahu diri mereka sendiri, tidak mengapa merompak dan mencuri sekiranya ia untuk kepentingan parti."

Bercakap mengenai kumpulan "pak turut" itu, Zaid berkata mereka juga sedar WSJ ialah sebuah penerbitan yang berwibawa seperti The New York Times, sambil menambah kedua-dua penerbitan pernah membuat tuduhan serius terhadap perdana menteri.

"Tetapi, orang Melayu masih kata semua ini sebahagian konspirasi orang Yahudi.

"Mereka tidak berminat mencari jawapan sebenar.

"Kalau mereka minat, mereka tidak akan hadkan pasukan petugas itu hanya untuk mencari jawapan kepada soalan: Adakah wang dalam akaun Ambank Najib digunakan untuk kegunaan peribadi?"

Nur Jazlan memberitahu sidang media semalam PAC belum memutuskan sama ada untuk memanggil Najib tampil di hadapan jawatankuasa itu atau tidak.

"Kami lebih berminat untuk mengikut strukturnya.

"Selepas bulan depan, apabila kita panggil CEO dan lembaga pengarah, kita akan membuat keputusan," kata Nur Jazlan, merujuk kepada pegawai 1MDB.

WSJ minggu lepas melaporkan, kira-kira AS$700 juta disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Akhbar perniagaan harian itu juga memuat naik dokumen yang digunakannya dalam laporan itu yang menunjukkan arahan untuk pindahan telegraf dan carta aliran wang.

Satu pasukan petugas khas mengkaji dakwaan itu mengesahkan Najib mempunyai akaun di AmBank, tetapi kedua-duanya ditutup sebelum WSJ menerbitkan berita itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB untuk "kegunaan peribadi" tetapi belum mengulas secara langsung mengenai pemindahan wang ke dalam akaun beliau.

Beliau sebaliknya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya mendalangi tuduhan terbaru itu.

Pasukan petugas itu juga membekukan 6 akaun bank, walaupun tiada satu pun dimiliki Najib. – 11 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

aku tak percaya najib akan dipanggil utk disoal siasat.....

Hj Aduka berkata...

BUDAK TADIKA NAK NGAJOR GURU...Lakonan BEB !