Ahad, 5 Julai 2015

Najib saman Mahathir? hahahaha

Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah
hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain,
Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu
mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.
Pihak yang melancarkan serangan ini patut berdepan dengan tindakan akibat dakwaan yang dilakukan itu. Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah
untuk menggulingkan kerajaan, akan menemui kegagalan, katanya dalam jawapan melalui Facebooknya malam tadi.
Bagaimanapun sehingga ini tidak dipastikan siapakah yang bakal diambil tindakan undang-undang itu? Adakah ianya WSJ? Adakah ia  Sarawak Report yang sebelum
ini banyak melakukan serangan terhadapnya dan didakwa bekerjasama dengan WSJ itu?
Atau adakah saman itu akan diambil terhadap "tok dalang" bernama Tun Mahathir yang dituduhnya secara terbuka memainkan peranan di belakang tabir serangan
terbaru ini?
Melalui kenyataan yang dipetik dalam Sinar Harian oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khairun Aseh, beliau hanya menyatakan bahawa Najib akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap WSJ berikutan laporannya yang didakwa bersifat jenayah fitnah, berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah
serta meragukan.
Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22
tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu
Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir  sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan
juga?
Jika benar Najib mempunyai bukti mengenai peranan atau penglibatan Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ itu, sudah tentulah "tok dalang" itu perlu
diambil tindakan undang-undang terlebih dahulu berbanding WSJ atau Sarawak Report.
Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenalpasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.
Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya.
Lagi pula, menuduh Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ yang mengaitkankannya dengan pengambilan wang untuk kepentingan peribadi sedangkan ia
diketahui sebuah akhbar perniagaan berpengaruh di dunia dengan usia sudah menjangkau 125 tahun dan jumlah edaran sebanyak 2.5 juta sehari, adalah suatu
pertuduhan yang berat dan serius terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Kecuali tindakan saman turut diambil terhadap Tun Mahathir, tuduhan sebagai dalang ini sebaliknya akan membuka ruang untuk bekas Perdana Menteri itu pula
mengemukakan saman kepada Najib.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

Satu DUNIA dah HEBOH PM kita curi duit negara, bank-in to his private account. Aku haraf INI FITNAH dan mahukan PM kita tunjuk telor sikit. Saman WSJ ! Samannn...samannnn

Tanpa Nama berkata...

kes altantuya bila nak selesai? sape sebenarnya yang suruh bunuh altantuya?