Sabtu, 4 Julai 2015

Najib 'menggelupur' jawab wang berbillion dalam akaun bank miliknya

Dalam posting Facebook terbarunya, Najib mengulangi kenyataannya yang dakwaan palsu itu merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Katanya, serangan ini bermula apabila beliau enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah, bekas perdana menteri itu kemudiannya "mewujudkan krisis" dengan membuat tuduhan melulu mengatakan RM42 juta hilang dari 1MDB.

"Dakwaan terbaru ialah saya mengambil dana berkaitan negara untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuk blog serangan politik yang kini tidak boleh dipercayai, Sarawak Report, berada di belakang pembohongan terbaru ini.

"Biar saya jelaskan: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan syarikat-syarikat ini," tulis Najib di laman Facebooknya .

Posting itu dibuat ketika akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa, siasatan ke atas 1MDB menunjukkan berbilion ringgit dipam ke dalam akaun-akaun peribadi Najib.

WSJ melaporkan terdapat dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Sementara Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.

Perdana menteri menulis hari ini, sehingga kini, tidak ada bukti menyokong dakwaan yang dibuat, mengatakan sebaliknya dakwaan itu dibuat berdasarkan dokumen yang bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.

Katanya, tidak pernah sekali pun sumber dokumen itu ditunjukkan, atau dokumen itu dikemukakan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa yang sah.

"Seperti yang kita tahu, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan baru-baru ini dilaporkan diubahsuai.

"Orang yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut dan melakukan pemerasan atas bekas majikannya.

"Ini banyak menerangkan tentang kebolehpercayaan dokumen itu, dan mereka yang menggunakannya untuk merosakkan kerajaan kita dan negara kita," kata Najib.

Beliau merujuk kepada tangkapan ke atas bekas eksekutif IT Xavier Justo dari PetroSaudi International (PSI) oleh polis Thai kerana didakwa mengubahsai maklumat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib memberi amaran, mereka yang terus melancarkan serangan ini mesti bersedia menghadapi akibat daripada tindakan mereka itu, sambil menambah, "politik longkang" untuk menggulingkan kerajaan ini akan gagal.

"Di mana sesuai, mereka akan berdepan kekuatan penuh undang-undang," katanya, sambil menambah beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembinaan negara untuk rakyat.

Terdahulu hari ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, media tempatan tidak harus menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan pendedahan WSJ dan Sarawak Report.

1MDB kini menjadi subjek inkuiri beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik teruk beberapa bulan kebelakangan ini berhubung beberapa isu, termasuk 1MDB yang mengumpulkan RM42 bilion hutang selepas hanya enam tahun ia ditubuhkan. – 3 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tolong! Tolong! Serigala nak makan kambing aku!
Ha ha aku olok2kan kamu.... apa kamu boleh buat (dakwat kekal)

Tolong! Tolong! Serigala nak makan kambing aku!
Ha ha aku olok2kan kamu.... apa kamu boleh buat (ISA mansuh ganti POTA, Akta Hasutan)

Tolong! Tolong! Serigala nak makan kambing aku!
Tolong! Tolong! Serigala nak makan kambing aku!
Tolong! Tolong! Serigala nak makan kambing aku!

Kenapa tak tolong aku? (skandal 1MDB)

KAMU NAK OLOK2 DAN TIPU KAMI LAGI.... KAMI TAK PERCAYA KEPADA KAMU NAJIB!!!!

Tanpa Nama berkata...

Semoga dibungkus betsama 1md scandal.amin...

XUMNO berkata...

Nak tengok Najib betul2 berani saman WSJ. Kalau setakat acah2 saja kambing pondan pun boleh buat. Pendekar Bugis atau Pengauta Bungkus.