Siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, lapor Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak
Report.
Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.
Dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana
menteri dalam 5 deposit berasingan, lapor WSJ.
Ia berkata, urus niaga terbesar melibatkan deposit sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.
Bagaimanapun, Putrajaya menafikan laporan itu, mengatakan Najib tidak pernah menggunakan sebarang dana awam.
"Perdana menteri tidak pernah mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi," kata seorang jurucakap Putrajaya.
"Lawan politik perdana menteri, enggan menerima rekodnya atau fakta, terus cuba melemahkan beliau dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin semata-mata
untuk kepentingan politik."
Sementara itu, jurucakap 1MDB berkata, merujuk pemindahan ke akaun Najib: "1MDB tidak menyedari transaksi berkenaan atau melihat dokumen yang berkaitan."
Jurucakap itu memberi amaran yang dokumen yang diubahsuai pernah digunakan sebelum ini untuk memburukkan 1MDB dan kerajaan. – 3 Julai, 2015.
* aku harap berita ini tidak benar. Najib masih tahu dosa pahala. Tak gitu bang Najib?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
8 respon:
najib tau dosa pahala....pm pembohong nie mana tau dosa pahala lah...yg dia tau rembak duit rakyat aje...lepas tu tunjuk alim..pundek lah najib..
siapa yang mahu mengaku jika berak di tengah jalan.
aku dah lama dah tau ha ha ha
Tak masuk syurga, kita curi duit banyak-banyak dan sebahagian kecil duit tu kita sedekah bina masjid! Ini bukan fatwa, INI HUKUM!
JANGAN pula lupa
SIASAT juga akaun pak Lebai
PAK Lebai siku lutut yg dah kemaruk
ULANG alik London turki siap dgn rombongan sekali?
JANGAN pula lupa
SIASAT juga akaun pak Lebai
PAK Lebai siku lutut yg dah kemaruk
ULANG alik London turki siap dgn rombongan sekali?
Doit asyik ilang aje
Ada toyyol agaknya
Media yang mengambil pendekatan munafik akan menjadi rujukan dan tumpuan para munafik dan musuh Islam jua..
Catat Ulasan