Khamis, 16 Julai 2015

Kumpulan adik Najib dan Gabungan Harapan Baru mungkin bersatu .. PAS semakin hanyut!

Pemimpin progresif PAS yang melancarkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada Isnin lalu menunjukkan minat dan berbincang dengan kumpulan masyarakat
sivil yang dirancang adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, lapor akhbar The Straits Times Singapura (ST).

ST berkata bekas timbalan menteri daripada Umno Datuk Saifuddin Abdullah, yang bekerjasama dengan ahli perbankan terkemuka itu akan menggabungkan orang
besar korporat dan aktivis dalam organisasi “bukan kepartian” baharu, mengadakan perbincangan dengan pemimpin GHB, dilihat sebagai bunga-bunga kepada pembentukan
parti politik baharu menggantikan PAS.

“Kita sangat bersetuju untuk meneruskan kerjasama pada masa depan. Jika, contohnya salah satu daripada kita memulakan NGO dan satu lagi parti baharu, kita
akan bekerjasama rapat dan berbincang antara satu sama lain,” kata Saifuddin dipetik akhbar itu.

Saifuddin berkata, beliau berbincang dengan Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenai “apa yang akan kita buat kerana
mereka sering bekerja bersama walaupun berbeza pandangan politik sebelum ini”.

Mengesahkan perbincangan itu, Mujahid yang juga sebahagian daripada GHB memberitahu ST beliau perlu berbincang dengan yang lain sebelum membuat keputusan
untuk bekerjasama dengan organisasi Nazir.

Bulan lalu, portal berita Asia Sentinel melaporkan Nazir, yang menerajui Kumpulan CIMB dan adik kepada Datuk Seri Najib Razak bertemu pemimpin perniagaan
di ibu pejabatnya di UK dan Kuala Lumpur untuk membincangkan mengenai penubuhan parti politik bukan kepartian yang baharu untuk menghentikan “politik perkauman”.

Nazir kemudian menjelaskan rancangan itu bukan untuk sebuah parti politik, dan katanya beliau berbincang dengan beberapa rakan yang mempunyai idea serupa
seperti Saifuddin mengenai bagaimana rakyat boleh meluahkan kebimbangan mereka mengenai suasana sosiopolitik negara.

Pada Isnin, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang tewas bersama pemimpin progresif lain dalam pemilihan bulan lalu, melancarkan GHB, satu gerakan
berlandaskan Islam yang akan berpegang kepada prinsip inklusif, progresif dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, ST berkata jalinan antara kumpulan Nazir dan GHB boleh menarik masyarakat Melayu luar bandar.

“Pengundi ini sering menghormati ahli perniagaan Melayu yang berjaya dan mereka kini semakin mengambil berat terhadap nilai Islam,” kata akhbar itu memetik
sumber. – 15 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: