Khamis, 16 Julai 2015

Asal papagomo jer .. semuanya fitnah belaka!

Papagomo, Ali Tinju, direman dua hari

Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan panggilan Papagomo PEMBELA UMNO dan Aktivis Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) direman selama dua hari mengikut Akta
Hasutan.

Papagomo yang ditahan malam tadi selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9.00 malam ditahan kerana menyiarkan berita palsu
di luar Plaza Low Yat pada Ahad untuk menimbulkan kemarahan kaum Melayu.

Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan
dengan insiden di Low Yat.

Peguamnya Ahmad Shuaib Ismail yang juga mewakili Ali Tinju berkata, polis pada mulanya memohon untuk mereman kedua-duanya selama empat hari akan tetapi
majistret hanya membenarkan selama dua hari.

“Ali Tinju ditahan kerana kenyataannya dalam video sementara Papagomo ditahan kerana kenyataannya dalam Twitter,” kata Shuaib dan menambah kedua-duanya
ditahan mengkut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin mendesak Papagomo menyerah diri.

Drama di Plaza Low Yat bermula pada Sabtu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai di sana untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai
RM799.

Jurujual yang melayannya dilaporkan berkata, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama
telefon bimbit itu.

Kejadian kejar-mengejar tercetus dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek itu, menyerangnya dan menyerahkannya kepada polis.

Bagaimanapun, rakan-rakan suspek menyerbu ke plaza itu dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu memberkas suspek.

Ketegangan terjadi semula di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur apabila pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan
kumpulan yang ramai di luar premis itu bersurai. – 15 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: