Khamis, 23 Julai 2015

Gelaran baru untuk pemimpin GHB dari ulamak PAS - Burung Kakak Tua

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan kesediaanya memberi penerangan kepada anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) berhubung agenda politik
DAP, lapor Sinar Harian.

Bekas setiausaha agung PAS itu berkata, amaran diberikan kepada GHB supaya mereka tidak terperangkap dengan agenda DAP memandangkan segelintir mereka dilihat
sudah menjadi "burung kakak tua" mengikut gaya politik parti sekular itu.

Menurut Mustafa, beliau bimbang pemimpin GHB akan meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

"Yang menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai
pengundi Cina sekarang.

"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya seperti dilaporkan
Sinar Harian.

Mustafa turut mengingatkan GHB supaya mempertimbangkan semula dan berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan menubuhkan parti baharu.

"Sebab itu saya minta mereka fikir panjang dan buat perhitungan yang benar-benar matang dalam mengambil tindakan yang mereka hendak buat," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menolak desakan segelintir pemimpin PAS yang meminta ahli kumpulan GHB meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana beranggapan
mereka sepatutnya diberi peluang.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pemimpin tersebut menyertai parti baharu, secara rasminya keahlian mereka dalam PAS akan terbatal.

"Kalau sudah keluar PAS tubuh parti baharu dan lawan PAS, saya juga akan lawan mereka," katanya. – 23 Julai, 2015.

1. Inilah masalah pemimpin PAS. Dia kata GHB nak lawan PAS. GHB nak lawan UMNO lah ******g

2. Lepas jebon, anjing dan serigala, gelaran baru pula 'si burung kakak tua' .. nasib la kau pemimpin GHB.

3. Matlamat utama untuk menentang kezaliman UMNO, memartabatkan rakyat. slow2 brother ... semua dah ok kita cuba pulak dengan DAP. Kalau DAP pun tak mau, kita ubah lagi ... sampai agenda hudud terlaksana.

4. Kau orang pemimpin ulama nak 'belasah' GHB ni pahal ... korang tak nak belasah UMNO lagi ker ...

5. Yang jadi masalah sekarang UMNO tak luluskan hudud lagi pahal bro ... korang tak de la pulak bising kata UMNO tu jahat ...

6. Korang goyah ke ... hai hai hai .. korang elok diam jer... malu besar nanti ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

kawang berkata...

Dalang reti kata lain hok pemimping GHB tu dok cerdik ke Stopa ke guaner? Kah kah kah... muuuung! kah kah

Unknown berkata...

Apa punya artikel nih??? tulisan yang merapu.

Tanpa Nama berkata...

lebiah baik jadi burung kakak tua daripada jadi babi tua.makin babi makin membuta

Tanpa Nama berkata...

senik kata DAp gagal sekularkan PAS

tapi senik lupa UMNO AKAN BERJAYA SEKULARKAN PASUG

awal2 lagi pun perangai samseng umno sudah diwarisi PASUG

PAS kearah sekular ala umno la tu

walhal umno tk pernah putus dgn MCA walaupun presiden mca kata tolak hudud juga

tiba2 PAS pula cintakan umno yg tkmau hudud dan masih geng dgn parti cina kafir MCA yg tolak hudud

Tanpa Nama berkata...

PAS dah goyang takut ramai ahli masuk GHB...........