Khamis, 23 Julai 2015

Bahana digantung tak bertali akhirnya asmara gelora dengan jantan lain

Jitra: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang tentera bukan Islam berusia 22 tahun di
sebuah bilik sewa di sebuah rumah kedai di Taman Mahsuri, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 32 tahun dari daerah ini mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa digantung tak bertali suaminya sejak beberapa tahun
lalu.

Difahamkan, dia dikatakan berkenalan dengan anggota tentera terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan rakan sebelum menjalinkan hubungan sulit.

Anggota tentera terbabit yang kini bertugas di kem di Kelantan datang ke negeri itu untuk menghabiskan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan wanita itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka melepaskan rindu dengan menyewa bilik di kawasan itu mengundang padah apabila dicekup berkhalwat pada jam 2.45 pagi pasukan

anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32195#sthash.g9p4nkLK.dpuf

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Saya difahamkan bahawa Mahkamah syariah Kedah lebih membela orang lelaki walaupun dia bersalah, banyak prizes perceraian belum selesai dimana sekiranya pihak isteri menuntut perceraiankepada pihak lelaki, pihak Mahkamah syariah seperti berpakat dengan pihak peguam dengan menangguhkan Dan menukar dari satu seksyen ke satu seksyen, mak saudara saya menunggu sehingga 8 tahun Dan akhirnya dia pindahkan ke negeri lain yang mana cuma 3 tahun kes perceraian nya dapat diselesaikan, sekaran adik perempuan saya dalam prizes perceraian day masuk 3 tahun, masih belum selesai, dia diberitahu oleh sesetengah ustaz yaƱg para Hakim ini akan menangguhkan does jika maksiat berlaku keatas bakal janda janda ini, ugama dipermainkan oleh pihak yang ada kuasa... Sedih, Sultan sebagai ketua agama tidak pernah mengambil tahu perkara ini yang mana ia boleh mengundang zina, adakah itu yang negara yang dikatakan negara Islam mahukan??? Diamanakah keadilan, siapakah yang memantau perkara ini???