Ahad, 12 Julai 2015

Gambar dan Video : Pergaduhan gaduh Di Plaza Low Yat


Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.

Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal
keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, insiden berkenaan turut ‘viral’ di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.

Gambar & Video : Gaduh Di Plaza Lowyat

video di sini



Manakala satu lagi versi berita memetik begini;

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan
bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam
kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan
kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis
itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut
kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga
ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama
ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Unknown berkata...

Confirm dah..dia tak curi. So yg tuduh tu next time periksa dulu betul betul

Tanpa Nama berkata...

penjual handphone byk yg tipu........yg x ori ckap ori.......

ras abu berkata...

KPDNKK perlu bertindak cepat - jangan cari alasan tidak menerima lapuran.

Teruk sangat menteri yg jaga KPDNKK

Tanpa Nama berkata...

Syrup he low yar tu Sarah penyangak creak rompak

Tanpa Nama berkata...

Boikot je pasni. Senang.

Tanpa Nama berkata...

memang teruk.....

Tanpa Nama berkata...

Nk gegar gegar pun xyh lah smpai pukul pukul..sumpah buat malu kaum.. Fikir dhh cukup hebat lahh nk belasah orang? Haih Islam x ajar keganasan lahh syg..

Tanpa Nama berkata...

Nk gegar gegar pun xyh lah smpai pukul pukul..sumpah buat malu kaum.. Fikir dhh cukup hebat lahh nk belasah orang? Haih Islam x ajar keganasan lahh syg..

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya terbukti juga memang seorang drp dua sekawan melayu itu mencuri di kedai hp bahagian atas, polis telah membebaskan seorang lagi yg tidak melakukan pencurian itu. Yg hapraknya, setelah yg seorang itu dibebaskan oleh polis dia telah membuat cerita palsu dan menghasut beberapa lagi kawannya merusuh dan merosakkan kedai di bahagian bawah pula. Mereka menjadikan imej orang melayu tercemar dan sekarang ditahan reman oleh polis. Begitulah kenyataan yg dibuat dgn jelas oleh Ketua Polis Negara, boleh ditonton menerusi: https://www.youtube.com/watch?v=K9Vvlgqin8A

Tanpa Nama berkata...

Sejak dulu lg kawasan sekitar low yatt menipu...menjual brg klon...perlacuran dsbgnya...ramai kalangan Melayu kita diam tp bangsa lain semakin berani dn kurang ajar!